Oh! Gear
Ini 4 SUV Chery Baharu Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tahun Depan
Oleh
Bermula tahun depan, Chery Malaysia telah mengumumkan mereka bakal memperkenal empat model baharu ke pasaran tempatan membabitkan model petrol dan elektrik penuh (EV).
Difahamkan, semua model tersebut ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Chery Omoda 9, Chery Jaecoo 7, Chery Jaecoo 8 dan Chery Omoda 5 EV.
Dalam pada itu, ia menjelaskan semua produk Chery di Malaysia akan menumpukan segmen SUV, termasuk model EV.
Sebelum ini, Chery Malaysia memperkenalkan Tiggo 8 dan Omoda 5 kepada pengguna tempatan.
Malah, SUV EV itu akan dibawa masuk sebagai model import (CBU) dan Chery turut merancang menjadikan ia model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Inokom di Kulim, Kedah.
Namun, rancangan menjadikan varian EV sebagai produk CKD masih di peringkat perbincangan dengan rakan perniagaan, Inokom.
Empat model bakal diperkenalkan di Malaysia itu turut dipamerkan di persidangan Chery International User Summit 2023 di ibu pejabat Chery International di Wuhu, dalam wilayah Anhui, China.
Untuk pengetahuan korang, Chery di China memecahkan rangkaian produk kenderaan jenama itu kepada tiga subjenama selain Chery, iaitu Omoda dan Jaecoo dan Exeed.
Berikut adalah 4 model kenderaan Chery yang bakal memasuki pasaran Malaysia:
Chery Omoda 9
- Di China, SUV lima tempat duduk Omoda 9 dikenali sebagai Exeed RX dan dibina menggunakan platform M3X.
- Kenderaan itu memiliki dimensi panjang 4,775mm, lebar 1,920mm dan tinggi 1,671mm. Jarak roda pula 2,800mm.
- Belum ada kepastian tentang trenkuasa untuk pasaran Malaysia tetapi di China, Exeed RX dipacu enjin 4-silinder sebaris 2.0L dengan pengecas turbo yang menawarkan kuasa 245hp dan tork 385Nm.
- Sistem tranmisi digunakan jenis 7-kelajuan dengan klac berkembar. Kelajuan maksimum 200kmj.
- Ciri keselamatan membabitkan lapan beg udara, teknologi Pembrekan Kecemasan Berautonomi, skrin instrumen digital dan skrin infotainmen sesentuh 12.3 inci.
Chery Jaecoo 7
- Model SUV yang tampil dengan imej lebih matang dan rugged untuk menyerlahkan sifat lasaknya.
- Lampu utama nampak tirus dengan paparan pencahayaan unik. Jenama Jaecoo terpampang ditengah-tengah gril bersaiz besar.
- SUV itu menggunakan enjin petrol 4-silinder sebaris 1.6 liter dengan pengecas turbo, menawarkan kuasa 183hp dan tork 275Nm.
- Kenderaan pacuan roda depan itu dilengkapi trenkuasa 7-kelajuan klac berkembar. Kelajuan maksimum beza 10km berbanding Omoda 9.
- Kapasiti tempat duduk juga untuk lima orang dan Jaecoo 7 memiliki dimensi panjang 4,500mm, lebar 1,865mm dan tinggi 1,680mm. Jarak rodanya ialah 2,605mm.
Chery Jaecoo 8
- Jaecoo 8 yang dibangunkan menggunakan platform T1X Chery pula adalah lebih besar berbanding Omoda 9 dan juga dirujuk sebagai Tiggo 9 di China.
- Konfigurasi tempat duduknya adalah dua baris dan tiga baris.
- Enjin petrol digunakan jenis 4-silinder sebaris 2.0L Turbo dengan tawaran kuasa 245hp dan tork 385Nm beserta padanan transmisi 7-kelajuan klac berkembar.
- SUV pacuan roda depan itu mampu mencapai kelajuan maksimum sama seperti Omoda 9 iaitu 200kmj.
- Model Jaecoo 8 memiliki ukuran dimensi panjang 4,815mm, lebar 1,924mm, tinggi 1,710mm dan ukuran jarak roda 2,800mm.4
Chery Omoda 5 EV
- Omoda 5 EV dijangka tiba di Malaysia menjelang April 2024 dan merupakan varian elektrik penuh. Model itu memiliki rekabentuk hampir sama dengan Omoda 5 petrol dengan sedikit perbezaan.
- Ini jelas jika dilihat pada wajah hadapan yang menyaksikan penggunaan ruangan grill jenis tertutup kerana SUV itu tidak memerlukan bantuan udara untuk penyejukan trenkuasa.
- Unit motor elektrik menawarkan kuasa 201hp (150kW) dan tork 340Nm. Pek baterinya 61kWh. SUV seberat 1,710kg itu boleh mencapai kelajuan 100kmj dalam tempoh 7.8 saat.
- Jarak pemanduan maksimum dikatakan 450km. Pengecasan pantas (DC) mengambil masa 35 minit untuk memenuhi kapasiti bateri sebanyak 80 peratus.
BACA: Volvo Mula Lancar SUV Elektrik Iaitu Volvo EX30 Dengan Harga RM177k
Terdahulu, Volvo secara rasmi mula melancarkan Volvo EX30 iaitu sebuah SUV elektrik paling kompak yang pernah dihasilkan oleh Volvo.
Kredit: Pandulaju
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.