Connect with us

Oh! Media

Volvo Mula Lancar SUV Elektrik Iaitu Volvo EX30 Dengan Harga RM177k

Volvo ex30

Oh! Gear

Volvo Mula Lancar SUV Elektrik Iaitu Volvo EX30 Dengan Harga RM177k

Baru-baru ini di Milan, Volvo secara rasmi mula melancarkan Volvo EX30 iaitu sebuah SUV elektrik paling kompak yang pernah dihasilkan oleh Volvo. 

ADVERTISEMENT

Spesifikasi Volvo EX30

Mempunyai rekaan elemen yang sama seperti EX90 iaitu rekaan lampu hadapan, lampu brek belakang yang disusun secara berasingan dan grill hadapan.

Volvo EX30

Bagi pasaran Eropah, ia dilengkapi dengan tiga pilihan trenkuasa elektrik yang menawarkan kuasa dan jarak perjalanan yang berbeza.

  • Pilihan pertama ia hadir dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu menghasilkan kuasa 268 hp dan 343 Nm. 
  • Pilihan kedua adalah Single Motor Extended Range, yang mampu menghasilkan kuasa 268 hp dan 343 Nm dan mampu bergerak sejauh 443 km.
  • Pilihan ketiga iaitu paling berkuasa kerana dijana dengan Twin Motor Performance dengan sistem pacuan empat roda yang mampu menghasilkan kuasa 422 hp dan 543 Nm.
volvo ex30

Dalam pada itu, bagi sistem pengecasan iaitu bateri LFP ia dapat menyokong pengecasan pantas DC sehingga 134 kW.

Volvo EX30

Manakala, untuk bateri NCM ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 153 kW hanya dalam masa 27 minit.

Tambahan, Volvo EX30 ini mula dijual pada harga 36,000 euro (RM177,297). 

BACA: Geely Lancar SUV 7-Kerusi Yang Dipanggil Xingyue L, Mungkin Jadi Abang Kepada Proton X70?

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas