Connect with us

Oh! Media

iCanvas Unit Baharu Bawah iMedia Asia, Umum Kerjasama Dengan Maestro Swiss

icanvas

Oh! Bisnes

iCanvas Unit Baharu Bawah iMedia Asia, Umum Kerjasama Dengan Maestro Swiss

iCanvas, sebuah unit perniagaan baharu oleh iMedia yang memfokuskan kepada penyelesaian digital kreatif, hari ini mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Swiss Maestro iaitu pemilik jenama coklat Vochelle, untuk menguruskan media sosial, pelaksanaan strategi digital serta perancangan dan pembelian media utama Vochelle pada tahun 2022.

ADVERTISEMENT

iCanvas tawar pemikiran strategik luar biasa

Ketua Pegawai Eksekutif iMedia, Voon Tze Khay

Ketua Pegawai Eksekutif iMedia, Voon Tze Khay berkata, beliau sangat teruja dengan pelancaran iCanvas dan kontrak pertama mereka bersama Maestro Swiss.

iCanvas bersedia membantu pelanggan dengan pemikiran strategik yang luar biasa, keupayaan kreatif dan keupayaan pengeluaran yang menguntungkan buat syarikat mereka.

Kami bangga dapat bekerjasama dengan Maestro Swiss untuk melaksanakan strategi pemasaran komunikasi serta media sosialnya untuk 2022.

Menurutnya, objektif kedua-dua syarikat adalah untuk membangunkan imej baharu bagi jenama Vochelle sepanjang tahun ini. Tahun Baru Cina yang akan datang menjadi kempen permulaan jenama ini.

Menghubungkan Vochelle dengan sasaran pengguna

Ketua Pemasaran Maestro Swiss, Evans Khoo

Evans Khoo selaku Ketua Pemasaran Maestro Swiss berkata, Vochelle bukan sahaja sekadar jenama untuk pemberian dan perkongsian, malah ianya juga untuk kepuasan peribadi pengguna.

Kepelbagaian platform yang ada dapat menghubungkan Vochelle dengan pengguna sasaran serta menyegarkan kembali jenama itu untuk menjadi teratas dalam fikiran pelanggan.

Pihaknya turut berbangga dapat bekerjasama dengan iMedia untuk memanfaatkan pengalaman digital syarikat itu.

Pengarah Komersial, Alwin Yew

Tambah Pengarah Komersial, Alwin Yew pula, Vochelle berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang pesat dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Dalam pasaran yang kompetitif ini, Vochelle komited untuk menawarkan sesuatu yang unik demi memenuhi citarasa rakyat Malaysia.

iCanvas dikonsepkan pada kemuncak pandemik

Ketua Strategi iCanvas, Lydia Kwan dan Pegawai Komersial iMedia, Ken Wei

iCanvas telah dikonsepkan pada kemuncak pandemik 2021 di mana pelanggan menghadapi cabaran dengan kebanyakan sektor ekonomi ditutup. Pelanggan memerlukan cara baharu untuk memasarkan jenama mereka dalam talian. 

Dengan penawaran integrasi media digital, iCanvas menyediakan pemikiran kreatif untuk perancangan strategi jangka pendek dan jangka panjang yang efektif.

iCanvas akan diterajui oleh Lydia Kwan, yang berperanan sebagai Ketua Strategi, dan disokong oleh Ken Wei, Ketua Pegawai Komersial iMedia.

Pasukan pengurusan iCanvas

Maestro Swiss – Menjadi salah satu syarikat barangan pengguna terkemuka di Malaysia, Maestro Swiss adalah pemilik dan pengeluar kepada beberapa jenama kegemaran ramai iaitu Vochelle, Vico dan Darry’s. Produk-produk ini boleh didapati di lebih 17,000 kedai runcit di Malaysia, ianya juga dieksport ke pasaran di seluruh Asia dan Australasia.

iMedia — Kumpulan media digital bersepadu Malaysia yang berkembang pesat dengan gabungan lebih 15 juta pelawat di laman web, platform sosial dan rangkaian pengaruhnya — portfolionya merangkumi jenama dalam talian popular dan perkongsian penstriman video premium termasuk OhMedia, Ittify, Goody25, GoodyMy, BeautifulNara, Amazing Nara, Kimchi Daily, Moretify, Illuminasi, Favful, Viu, Newswav (di AppStoreGoogle Play, and AppGallery), Malaysia Gazette dan Oriental Daily Online.

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas