Oh! Artis
Zul Huzaimy Terkejut Caj Kelas Mengaji Cecah RM300 Satu Sesi
Zul Huzaimy akui perlu bayar RM300 untuk satu sesi kelas mengaji walaupun terkejut dengan caj tinggi.
Bila ada kemahuan, harga bukan lagi penghalang. Itu yang dilalui pelakon Zul Huzaimy apabila dia sanggup membayar sehingga RM300 hanya untuk satu sesi kelas mengaji.
Memetik laporan mStar, aktor berusia 47 tahun itu akui caj tersebut agak tinggi, tapi dia tetap akur sebab memang perlukan bimbingan tersebut.
Zul Huzaimy dedah kelas mengaji tak berjalan selagi tak bayar


Zul yang juga pelakon dan pengarah teater mendedahkan bahawa sesi mengaji itu hanya akan berlangsung selepas bayaran dibuat.
Sekarang ini, satu sesi mengaji harganya sebanyak RM300. Selagi kita tak bayar, selagi itulah kelas mengaji tidak akan berjalan. Disebabkan saya memang mahukan kelas itu, memang kena bayar.- Katanya.
Walaupun agak terkejut, dia tetap teruskan sebab niat utama adalah untuk tambah ilmu agama. Dalam pada itu, Zul turut menasihati ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam memilih tenaga pengajar agama.
Zul turut nasihat ibu bapa belajar untuk ajar anak-anak

Dan lagi satu, sebagai ibu bapa, kenapa kita nak hantar anak-anak belajar agama dekat ustaz? Sepatutnya kita yang ajar mereka. Kita yang kena ada ilmu dan kemudiannya ajar anak-anak.- Ujarnya.
Tambah Zul, semakan latar belakang sangat penting demi keselamatan anak-anak. Dalam perkembangan kerjaya, Zul kini sedang terlibat dalam sebuah projek filem baharu.
Difahamkan, dia akan membawakan watak seorang penunggang agama, namun belum banyak maklumat lanjut dikongsikan buat masa ini.
Pssttt! Ohmedia rasa elok juga kita semak dulu siapa yang kita lantik jadi guru agama, terutama bila melibatkan anak-anak. Jangan main serah je tanpa kenal latar belakang, takut menyesal kemudian hari.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM