Connect with us

Oh! Media

Tareq Fit Tak Gentar Disaman, Kata Duit Boleh Habis Tapi Allah Ada

Ohmedia tareq fit ojen aiwah

Oh! Artis

Tareq Fit Tak Gentar Disaman, Kata Duit Boleh Habis Tapi Allah Ada

Tareq Fit balas tindakan saman Ojen Aiwah, tekad terus dedah isu pemakanan tak sihat.

Jurulatih kecergasan terkenal, Tareq Fit, akhirnya buka mulut lepas bakal disaman oleh usahawan Ojen Aiwah atas dakwaan fitnah terhadap produk makanan miliknya. Tapi lain macam tenang respon Tareq bila dia siap cakap dia langsung tak gentar dengan tindakan undang-undang tu.

Tareq kata ni semua bukan sebab nak serang sesiapa, tapi cuma nak buka mata orang ramai pasal isu makanan tak sihat yang makin berleluasa sekarang ni.

Tareq Fit sedia hadapi saman demi sampaikan kebenaran

Dalam satu hantaran di Threads, Tareq luahkan pendiriannya yang cukup tegas bila dia tahu Ojen nak ambil tindakan saman terhadapnya.

IKLAN

Nak saman silakan, hakikat kena sebarkan. SubhanAllah, kau terasa hati kerana hakikat, duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat Alhamdulillah.- Katanya.

Kenyataan itu jelas menunjukkan Tareq langsung tak goyah malah rasa bertanggungjawab untuk terus bersuara demi kesedaran ramai.

Niat hanya untuk beri kesedaran tentang pemakanan

Menurut Tareq, video yang dia muat naik sebelum ni bukan bertujuan untuk cari pasal atau jatuhkan sesiapa, sebaliknya lebih kepada mendidik masyarakat.

Beliau tekankan pentingnya kita semua lebih cakna terhadap pemakanan, terutama yang melibatkan topping berlebihan yang kurang sihat.

Tareq juga menafikan dia ada masalah peribadi dengan Ojen atau mana-mana jenama yang terlibat. Katanya, apa yang dilakukan selama ni hanya untuk kebaikan semua pihak.

Ojen tetap teruskan tindakan undang-undang

Didik masyarakat untuk kurangkan makanan yang banyak topping tidak sihat, jadi salah. Perkara benar memang pahit. Aku tidak bermusuh kau atau jenama kau, aku didik masyarakat menjadi sihat.- Katanya.

Sebelum ini, Ojen Aiwah maklumkan yang dia sudah ambil langkah undang-undang terhadap Tareq kerana mendakwa kandungan yang dimuat naik oleh jurulatih itu menfitnah produknya hingga boleh jejaskan reputasi perniagaan.

Pssttt! Ohmedia rasa dalam apa jua isu, niat dan fakta tu penting. Kalau betul kita nak beri kesedaran, buatlah dengan berhemah. Tapi kalau dah sampai tahap jejaskan rezeki orang lain, baik bincang cara elok. Jangan biar emosi kawal tindakan korang.

Kredit: Tareq fit
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas