Connect with us

Oh! Media

”Mentang-Mentang Kami Ni Mat Rempit, Konon Tiada Kelas” – Isu Haqiem Stopa, Zul Huzaimy Beri Komen

Ohmedia haqiem Zul Huzaimy

Oh! Artis

”Mentang-Mentang Kami Ni Mat Rempit, Konon Tiada Kelas” – Isu Haqiem Stopa, Zul Huzaimy Beri Komen

Zul Huzaimy berkata tak wajar label semua mat rempit mata keranjang.

Kontroversi rumah tangga pempengaruh, Haqiem Stopa dan isterinya, Aireena Sofia terus menjadi bualan ramai sampai ada netizen mula memandang serong terhadap golongan rempit.

BACA: “Tidur Sebelah Sebelah Rupanya..” – Isteri Dedah Bukti Mesej Haqiem Stopa Curang Dengan Budak 18 Tahun

Situasi ini membuatkan pelakon dan pengasas Spark Malaysia Club, Zul Huzaimy tampil mempertahankan komuniti tersebut.

IKLAN

Zul pertahan komuniti motor, minta netizen jangan hukum

Haqiem Stopa

Memetik laporan Gempak, pelakon ini berkata, tidak adil apabila seluruh komuniti motosikal dilabel lelaki mata keranjang hanya kerana satu isu rumah tangga yang sedang kecoh sekarang.

Katanya, masyarakat sepatutnya berhenti membuat tanggapan negatif seolah-olah semua mat motor sama perangainya.

Jangan tuduh macam itu, kita manusia ini sama saja mentang-mentang kami ini mat rempit konon tiada kelas. Maaf ya budak-budak motor ini hanya hujung minggu saja tapi mereka ada kerjaya. Tapi masyarakat jangan jatuhkan hukum budak rempit macam itu, kalau saya sebut lebih jahat lagi budak mat rempit ini buat, kami tidaklah macam itu.

Percaya Haqiem dan isteri boleh selesaikan sendiri

Haqiem Stopa

Zul yang mengenali Haqiem secara peribadi yakin kemelut yang timbul boleh diselesaikan tanpa campur tangan pihak luar.

Saya kenal dia, pernah saja berjumpa dan mesej dengan dia. Kahwin dia pun saya dijemput. Dia budak yang baik, cuma tak tahulah sebab cemburu atau salah faham.

Jelasnya, semua pasangan berumahtangga menghadapi kemelut rumahtangga. Dia berharap Haqiem dan isteri dapat menemui jalan penyelesaian terbaik.

Zul turut mengulas dakwaan Haqiem sering dikelilingi wanita, terutama apabila berada di acara motosikal.

Dia pun kaki bertongkat, kalau nakal lelaki itu biasa. Dikeliling perempuan itu normal tapi kalau lelaki dikelilingi lelaki songsang itu bahaya. Zaman sekarang lelaki yang sudah kahwin itu lagi jadi rebutan, nak-nak usia 35 tahun ke atas memang kena jaga.

Terdahulu, konflik rumahtangga Haqiem dan Aireena mula diperkatakan selepas Aireena mendakwa ditinggalkan dalam pantang.

Dakwanya lagi, Haqiem turut curang dengan gadis yang baru berusia 18 tahun.

Pssttt! Isu rumah tangga bukan perkara mudah dan hanya pasangan itu sendiri tahu apa sebenarnya berlaku. Menuduh seluruh komuniti motosikal kerana satu kontroversi juga tidak adil. Semoga Haqiem dan Aireena dapat mencari jalan terbaik demi masa depan anak mereka.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas