Connect with us

Oh! Media

“Kak Gee Masa Tu Rasa Macam Tiada Harga Diri” – Ziana Zain Kongsi Detik Sebelum Berpisah Dengan Bekas Suami

Oh! Artis

“Kak Gee Masa Tu Rasa Macam Tiada Harga Diri” – Ziana Zain Kongsi Detik Sebelum Berpisah Dengan Bekas Suami

Siapa sangka perkahwinan yang dibina bertahun lama akhirnya putus di tengah jalan. Bukan itu sahaja, perkahwinan yang cukup bahagia di mata orang itu sebenarnya meninggalkan seribu satu kesan mendalam terhadap seorang figura bernama Ziana Zain.

ADVERTISEMENT

BACA: “Sakinah Berbakat, Lucu” – Akan Berpisah, Suami Sharifah Sakinah Dedah Punca Sebenar

Ziana Zain yang dijempat menjadi tetamu untuk rancangan bual bicara Next To Neelofa meluahkan perasaan yang terbuku di hati sepanjang mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya sebelum berpisah beberapa tahun yang lalu.

Ziana Zain kongsi kisah rumah tangga

Menerusi video dimuat naik MeleTOP di TikTok, Ziana berkongsi detik ketika dia dan suami ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka.

@mymeletop Perkongsian meruntun jiwa Ziana Zain mengenai kata-kata yang membuatkan hati beliau terpukul. Next to Neelofa, setiap Sabtu, 10 malam di Astro Ria. #nexttoneelofa #fypシ #foryoupage ♬ original sound – MeleTOP

Ziana yang pada awalnya berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya mendedahkan bahawa dia mula berasa tawar hati selepas bekas suaminya itu melemparkan satu ayat kepadanya.

Tapi ada satu one time tu Kak Gee (Ziana) memang terpukul habis, terasa sangat sepanjang hidup Kak Gee. That was 2016, bangun je dia (bekas suami) kata, hey ingat saya heran ke kat dia? Saya tak heranlah kat dia.

You (Neelofa) rasa macam mana sebagai isteri? Selama berbelas tahun aku devoted diri aku, kau cakap kau tak heran? Jadi aku ke yang terdamba-damba dekat kau? Rasa Kak Gee masa tu Kak Gee tak ada harga diri.

Ziana turut berasa kesal terhadap bekas suaminya yang tergamak berkata sebegitu kepadanya selepas dia berkorban segala-galanya buat bekas suaminya itu.

How could you say those kind of words to me, I am your wife. Kau nak anak empat, aku beranak anak empat. Aku hampir hilang nyawa 50 50 hidup aku bertarung untuk dia (bekas suami), and this is the end?

Tambah Ziana lagi, insiden yang berlaku sekitar tahun 2016 itu telah menyebabkan dirinya mula tawar hati sehinggakan dia berdoa pada Allah untuk dikembalikan rasa kasih dan sayang terhadap bekas suaminya kerana tidak mahu menjadi isteri derhaka.

Kuatnya Ziana Zain

Di ruangan komen, rata-rata netizen sedih mendengar luahan dikongsi Ziana serta memuji diri penyanyi lagu Madah Berhelah itu kerana sungguh cekal dan tabah menghadapi ujian rumah tangga sebelum ini.

Kredit: TikTok MeleTOP

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas