Connect with us

Oh! Media

“Sakinah Berbakat, Lucu” – Akan Berpisah, Suami Sharifah Sakinah Dedah Punca Sebenar

Oh! Artis

“Sakinah Berbakat, Lucu” – Akan Berpisah, Suami Sharifah Sakinah Dedah Punca Sebenar

Tiada angin tiada ribut pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ni beri bayangan akan berpisah dengan suaminya, Michael Hansen.

ADVERTISEMENT

Kata Sakinah, tenaganya sudah habis sebab kena jalani perkahwinan jarak jauh berikutan suaminya kini berada di Sweden.

BACA: “Tenaga Saya Sudah Habis” – Sharifah Sakinah Sahkan Mahu Bercerai Dengan Michael

Perkara itu disahkan juga oleh Michael ketika ditemu bual Harian Metro. Menurut Michael, mereka mempunyai komitmen dan tanggungjawab yang berat di negara masing-masing.

Isterinya Sakinah mempunyai anak hasil perkahwinan pertama dan kerjaya yang hebat di Malaysia. Dia pula ada dua anak dan perlu bekerja di Sweden.

Faktor ini membuatkan mereka susah nak bergerak ke mana-mana.

Apa yang akan berlaku pada masa mendatang, saya masih tidak tahu tetapi semoga ianya memberi kebaikan untuk kita semua, Insya-Allah.

Selepas berbincang secara profesional dan harmoni, mereka ambil keputusan untuk berpisah.

Mereka percaya keputusan itu terbaik sebab masing-masing boleh fokus kepada perkara penting iaitu anak dan keluarga.

Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar. Jadi bayangkan perbezaan waktu kami iaitu enam hingga tujuh jam dan masa perjalanan 17 jam untuk kami bertemu, maka ia sangat sukar. 

Jelas Michael lagi, meskipun begitu, ada juga ‘drama’ ketika keputusan ini dibuat.

Michael mendoakan kebahagiaan Sharifah Sakinah dan menyifatkan isterinya itu sebagai seorang yang berbakat, lucu, berkarisma dan berhati mulia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas