Connect with us

Oh! Media

Zarina Anjoulie Kongsi Kesan Suntikan ‘Filler’ Pada Payudara, Sakit & Bengkak Semasa Mengandung

Oh! Artis

Zarina Anjoulie Kongsi Kesan Suntikan ‘Filler’ Pada Payudara, Sakit & Bengkak Semasa Mengandung

Zarina Anjoulie mengalami keguguran baru-baru ini setelah mengandung beberapa bulan lalu. Anju dan suami yang sudah hampir lima bulan mendirikan rumah tangga walaubagaiamanapun tetap tenang dengan ujian yang menimpa keluarga mereka.

ADVERTISEMENT

Menerusi akaun Instagram miliknya, Anju berkongsi tentang bahaya dan kesan suntikan ‘filler’ dengan pengalaman yang dirinya lalui. Tengah cakap-cakap tu secara tidak langsung mengatakan yang dirinya mengalami keguguran yang mungkin disebabkan suntikan ‘filler’ tersebut.

Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongian ini. Tujuan Anju share bukan nntuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

Semasa mengandung, payudaranya membengkak dan ada rasa sakit. Disebabkan itu, Anju mula terfikir yang mungkin kesan suntikan ‘filler’ itu akan menyakiti dirinya ketika menyusukan anak nanti. Jadi, Anju berhasrat untuk berjumpa dengan doktor pakar dan memgeluarkan ‘filler’ tersebut sebelum mengandung dan dapat anak selepas ini.

Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti. Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang tahu apa nak buat selepas ini.

It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya

Anju juga meminta supaya netizen diluar sana sedar akan bahayanya perkara ini dan tidak menyalah anggap. Apa yang lepas biarlah Anju yang lalui. Cukup baiklah untuk dia ingatkan kita semua supaya jangan buat dan takut terjadi macam dirinya. Salute dengan Anju! Setiap orang buat salah dan kesalahan yang kita buat itulah yang mengajar kita untuk jadi yang lebih baik.

Kredit: Instagram Anju

+ Baca respon pembaca Anju kongsi pengalaman suntikan filler di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas