Connect with us

Oh! Media

Zamarul Hisham Kongsi Saat Hampir Hilang Nyawa

Zamarul hisham sesak nafas ohmedia

Oh! Artis

Zamarul Hisham Kongsi Saat Hampir Hilang Nyawa

Pelakon berbakat besar, Zamarul Hisham berkongsi detik cemas apabila dirinya diserang sakit jantung ketika berada di lokasi penggambaran sebuah drama di Port Dickson, awal Februari lalu.

Kejadian mengejutkan itu membuatkan Zamarul mengimbau soal kematian, taubat dan keinsafan diri yang mendalam.

Zamarul 2

Kata Zamarul, segala-galanya berlaku secara tiba-tiba dan sukar digambarkan perasaannya ketika itu. Dia yang turut membawa anak-anak bercuti ke Port Dickson ketika insiden berlaku, terus terbayang wajah mereka dan hanya mampu memohon pada Tuhan agar diberi peluang untuk terus hidup.

IKLAN

Saya tertanya-tanya, sempatkah saya bertaubat dan memperbetulkan ibadah saya. Saya juga terbayang anak-anak yang sedang berada di bilik hotel.

Saya turut bawa mereka dan bercuti ke Port Dickson. Saya merayu, ’janganlah (ambil nyawa) sekarang, jika Kau izinkan.’

Zamarul yang kini dalam fasa pemulihan, menjelaskan bahawa dia perlu bergantung kepada ubat-ubatan untuk memastikan jantungnya berfungsi dengan baik.

Ohmedia diana zamarul rujuk 1png

Setelah keluar hospital, dia terpaksa mengambil sehingga tujuh jenis ubat setiap hari, namun kini hanya tinggal lima jenis.

Kalau saya tak kawal pemakanan, saya akan mula rasa tidak selesa pada bahagian jantung. Sekarang ini saya sentiasa bawa ubat ke mana-mana.- Jelasnya.

Pelakon berusia 53 tahun itu juga memaklumkan dia menjalani prosedur angiogram dan pemasangan sten di bahagian kanan jantung, manakala satu lagi sten sepatutnya dipasang di bahagian kiri tetapi ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Ohmedia diana zamarul rujukpng

Sepatutnya dua sten perlu dipasang, tapi doktor hanya pasang satu dulu kerana enggan ambil risiko. Saya sudah dijadualkan untuk pembedahan kedua, tapi saya ikhtiar dulu dengan pengambilan ubat tradisional.

Terdahulu, Zamarul dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Port Dickson pada 5 Februari kira-kira jam 2 pagi kerana mengalami sesak nafas. Dia kemudian dipindahkan ke pusat perubatan di Subang Jaya untuk rawatan lanjutan.

#ApaKataOhmedia

Kisah Zamarul ini mengingatkan kita bahawa kesihatan adalah harta yang paling berharga. Kadang kala, kita leka hingga terlupa untuk menjaga diri sendiri.

Jangan tunggu hingga badan bagi amaran, mulalah jaga kesihatan dari sekarang. Ingat, hidup ini hanya sekali, hargailah ia sebelum terlambat.

Kredit: Harian Metro
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas