Connect with us

Oh! Media

Yuna Rahim Mohon Maaf Dan Perjelas Kenapa Berpakaian Terlalu Sendat

Yuna rahim mohon maaf

Oh! Artis

Yuna Rahim Mohon Maaf Dan Perjelas Kenapa Berpakaian Terlalu Sendat

Sebelum ini kami melaporkan yang penampilan pelakon, Yuna Rahim membuatkan banyak pihak berasa terkejut kerana terlalu seksi dan terdedah.

ADVERTISEMENT

BACA : Yuna Rahim Pakai Baju Sendat Dan Seluar Pendek Undang Komen Nakal Netizen

Menurut laporan mStar, Yuna telah tampil memohon maaf gara-gara insiden memakai seluar ‘hot pants’ untuk sebuah iklan itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Yuna rahim seksi

Yuna sebelum itu dikecam hebat gara-gara pemakaiannya yang terlalu seksi, apatah lagi ketika semua umat Islam kini sedang menyambut bulan Ramadan yang mulia.

Jelasnya, video tersebut diambil sebelum bulan Ramadan dan segala perancangan mengenai busana adalah di bawah keputusannya.

Saya mengenakan pantyhose. Menipulah kulit saya putih melepak macam itu. Sebelum ini pun saya ada rakam iklan menggunakan gaun cuma ramai tak perasan sebab bukan bulan Ramadan.

Berikutan itu, aktres itu tampil memohon maaf dan akan terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Yuna juga mengakui hatinya terguris apabila dikecam hebat oleh netizen sehinggakan ada yang tergamak mengkafirkan dirinya.

Tambahnya, dirinya bukan milik sesiapa dan dia mempunyai hak untuk berpakaian yang membuatkan dia berasa selesa.

Saya sebenarnya malas nak layan komen netizen sebab saya bukan isteri, kakak atau adik diorang. Dia bersuara macam saya ini milik dia orang.

Yang komen itu siap kafir-kafirkan saya dengan kata kesat lagi, jadi saya tutup ruang komen kerana tak nak mereka terus beri pahala pada saya.

Ujar Yuna, ramai orang memilih untuk menjadi ‘tuhan’ dan menasihatkan mereka agar mengutamakan keluarga terdekat terlebih dahulu kerana hidup ini berputar seperti roda.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas