Connect with us

Oh! Media

“Yang Tahu Je Tahu” – Ini Respon Sharnaaz Bila Netizen Ajak Boikot Filem Syamsul Yusof

sharnaaz ahmad original gangster

Oh! Artis

“Yang Tahu Je Tahu” – Ini Respon Sharnaaz Bila Netizen Ajak Boikot Filem Syamsul Yusof

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi respon balas kepada permintaan seorang netizen yang mahu dirinya dan Beto Kusyairy menarik diri daripada filem pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

BACA: Siap Bersumpah Dengan Al-Quran, Datuk Aaron Aziz Dedah Perkara Sebenar Tentang Syamsul Yusof

Kata Sharnaaz, mereka adalah pelakon profesional, takkan sesekali berbuat demikian. Kontroversi yang melanda Syamsul adalah personal, dia sebagai pelakon tetap menghormati Syamsul sebagai pengarah.

Sharnaaz mohon hormati Ramadan

Pelakon kelahiran Pulau Pinang ini meminta semua orang menghormati kemuliaan bulan Ramadan dan jangan bergaduh.

sharnaaz ahmad

Mengenai netizen yang mahu boikot filem Original Gangster disebabkan isu personal pengarah, Sharnaaz merasakan ianya satu tindakan tak adil.

Anda kena ingat wahai sahabat ku sayang, ramai lagi mulut dalam team Original Gangster perlu disuap. Anak-anak mereka, isteri mereka. Jangan sebab amarah anda, dibunuh periuk nasi 60 orang lagi di belakang tabir ini.

Jelas bapa kepada Jebat Jayden ini lagi, menjayakan filem ini bukan mudah. Banyak pengorbanan yang telah dicurahkan pelakon dan semua krew terlibat termasukkan membuat stunt membahayakan.

original gangster
boikot

Sharnaaz memberi pesanan supaya tak mudah mempercayai apa yang dihidangkan di media sosial. Katanya, tak semua yang keluar daripada mulut orang marah itu benar dan tak semua yang keluar daripada mulut orang diam itu salah.

Kredit: Instagram Sharnaaz Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas