Connect with us

Oh! Media

Siap Bersumpah Dengan Al-Quran, Datuk Aaron Aziz Dedah Perkara Sebenar Tentang Syamsul Yusof

aaron aziz

Oh! Artis

Siap Bersumpah Dengan Al-Quran, Datuk Aaron Aziz Dedah Perkara Sebenar Tentang Syamsul Yusof

Nampaknya giliran pelakon, Datuk Aaron Aziz pula menceritakan apa yang terjadi antaranya dengan pengarah filem ‘The Original Gangster’, Syamsul Yusof.

ADVERTISEMENT

Dalam satu perkongsian video, Aaron rasa tidak masuk akal jika Syamsul tidak mengetahui kecederaan tulang belakang yang dihadapi sebelum membuat tawaran membintangi filem aksi berkenaan.

Tiga kali datang rumah Aaron Aziz…

Tahun 20222, kau datang ke rumah nak berbual fasal KL Gangster tapi rupanya cerita lain yang tengah kau buat.

Kau kata tak tahu aku sakit tapi tiga kali datang rumah, berbincang di rumah dan isteri aku masakkan kuetiau untuk kau. Jangan tipu kalau kata tidak tahu aku sakit.

Mustahil turun berat badan dalam masa singkat tapi tetap cuba…

Aku baru lepas penggambaran Geng Mamak yang beri enam bulan berlatih. Penggambaran filem kau sebulan kemudian, kau nak aku turun berat badan? Mustahil tapi aku cuba juga.

Tidak cukup dengan itu, Aaron turut mendedahkan dirinya sanggup mengambil suntikan semata-mata mendapatkan bentuk badan yang menarik bagi menjayakan filem Syamsul.

“Kau hantar mesej dekat aku tunjuk gambar nak macam itu. Kau cakap pergi cucuk! Aku pergi cucuk!” – Aaron.

BACA: “Mungkin Kerana Faktor Usia, Kesihatan.. Masa Tu Dia Melantun” – Syamsul Yusof

Aaron dalam pada itu turut meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat berjumpa Syamsul secara berdepan untuk selesaikan masalah. Ini kerana Syamsul tidak mahu bersemuka dengannya.

Aku ajak kau jumpa, kau taknak! Masa kau nak, kau datang rumah aku, bila dah tak mahu, buang aku macam sampah. Aku ajak jumpa sebab nak tunjuk badan aku. Aku cucuk hari-hari macam orang gila sakit. Aku sanggup ambil watak lebih kecil tapi kau tak mahu juga.

Untuk yang nak tahu cerita sebenar inilah ceritanya, depan Al-Quran ini, bulan Ramadan aku tak bohong.

Diharapkan perselisihan faham antara Aaron Aziz dan Syamsul Yusof dapat diselesaikan dengan baik.

Kredit: Instagram Oh! Media

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas