Connect with us

Oh! Media

Wawa Zainal Teruja 90,000 Tudung Sold Out Kurang 24 Jam, Catat Untung RM2.5 Juta

wawa zainal

Oh! Artis

Wawa Zainal Teruja 90,000 Tudung Sold Out Kurang 24 Jam, Catat Untung RM2.5 Juta

Siapa jer tak teruja kalau produk jualan kita boleh habis terjual dalam masa yang singkat. Itulah apa yang dirasai usahawan selebriti, Wawa Zainal yang berjaya menjual semua 90,000 tudung keluaran terbaru miliknya dalam masa 24 jam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kata Sewa?” – Aeril Zafril Terkejut Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Idaman

Memetik laporan Gempak.com, produk hijab Wawa Scarve dilancarkan semalam dan dianggarkan mencatat keuntungan RM2.5 juta.

Ujar Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, dia menyifatkan kejayaannya itu sebagai rezeki daripada Allah S.W.T dan bukti sokongan pelanggan setianya selama ini.

Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi.

Dalam pada itu, Wawa berkata bahawa bisnes hijab itu juga dapat membantu peniaga kecil di luar sana dan hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada.

Tahniah Wawa dan semoga terus cipta kejayaan luar biasa macam ni. Boleh la kongsi rezeki dekat lebih ramai orang lepas ni.

Kredit: Gempak.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas