Connect with us

Oh! Media

“Kata Sewa?” – Aeril Zafril Terkejut Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Idaman

Befunky collage 3

Oh! Artis

“Kata Sewa?” – Aeril Zafril Terkejut Wawa Zainal Hadiahkan Kereta Idaman

Setiap orang pasti mempunyai kereta idaman yang tersendiri. Pasti akan timbul rasa gembira di hati apabila kita mendapat kereta yang diidam-idamkan itu lagi-lagi bila diberi oleh orang yang tersayang.

BACA: “Memang Aku Buat…”- Lana Nordin Akhirnya Akui Dah Buat Hidung Tapi Ada Sebabnya

Kejutan buat Aeril

Baru-baru ini pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal berkongsi detik dia menghadiahkan suaminya, Aeril Zafrel sebuah kereta mewah Lamborghini Aventador menerusi satu perkongsian video di Instagram.

IKLAN

Menerusi perkongsian tersebut, Wawa Zainal yang menyifatkan suaminya itu sebagai tulang belakang bagi setiap kejayaannya berkongsi bahawa hadiah ini merupakan ganjaran buat suaminya yang sentiasa bersama ketika susah dan senang.

Sayang, hadiah ini tak seberapa kalau (nak) di banding kan dengan segala pengorbanan yang kau buat utk family kita selama ini. Hampir 6 tahun bisnes, Wawa rasa this is the time to reward (Aeril Zafril) benda yang dia idam kan selama ni. Dia la tulang belakang di setiap kejayaan Wawa. Thank you sayang for everything.

Menerusi video tersebut juga dapat dilihat Aeril yang pada awalnya menyangka kereta itu sekadar disewa untuk satu hari terkejut selepas Wawa menghulurkan geran kereta berkenaan.

Tahniah atas rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah dikecapi.

Screenshot 2022 05 01 at 123121
Screenshot 2022 05 01 at 123131

Kredit: Instagram Wawa Zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas