Connect with us

Oh! Media

“Wardrobe Hina Mak Pelacur Penagih Dah Mati” – Puteri Balqis Buka Kisah Derita Lama

Puteri

Oh! Artis

“Wardrobe Hina Mak Pelacur Penagih Dah Mati” – Puteri Balqis Buka Kisah Derita Lama

Siapa tak kenal dengan pelakon Puteri Balqis yang sebelum ini pernah mencuri tumpuan kerana dikatakan jatuh sakit, susah dan perlu menjual buku untuk meneruskan hidup.

BACA: Sering Dihina Sebab Bertatu, Ibu Puteri Balqis Pula Dedah Derita Lama Bersama Bekas Suami

Di sebalik cerita kesusahan yang tular itu, nampaknya banyak lagi yang dipendam Puteri Balqis. Menerusi satu hantaran di Instagram, pelakon remaja ini mendedahkan ibunya dihina dan dituduh menagih dadah serta melac*r.

IKLAN

Sebagai seorang anak, Balqis atau lebih mesra di sapa Aqish menyaksikan sendiri bagaimana ibunya ditertawakan krew di set penggambaran. Pengalaman pahit itu menjadikan jiwa Aqish memberontak dan hancur.

Puteri balqis

Bukan di set shooting je, mak Aqish sendiri pernah dapat mesej daripada darah daging yang nak lihat dia jatuh terduduk. Katanya, tak layak jadi mak sebab tak berguna.

Puteri balqis 2
Ibu Puteri Balqis

Ada juga yang tuduh pelakon ini menjadi ‘liar’ kerana dibesarkan oleh seorang ibu yang menagih dadah. Tetapi Aqish menafikan tuduhan itu sekerasnya.

Lebih mengejutkan apabila pelakon ini memetik insiden dengan seorang selebriti kaya yang didakwa menangguk di air yang keruh.

Sampai ke hari ini, Aqish akan menahan marah setiap kali tengok selebriti kaya tersebut viral dengan lagu bodoh dan video interview kononnya untuk membantu.

Screenshot 2023 11 17 142409
Puteri balqis 4

Kata pelakon ini lagi, pengalaman lalu mengajarnya untuk bangkit melawan dan tak tunduk kepada wartawan yang mahu menjatuhkannya.

Jelasnya, dia bukan lagi Puteri Balqis yang takut kepada orang kaya atau blogger semata-mata kerana tak mahu kena banned!

Screenshot 2023 11 17 142833

Puteri Balqis juga menjelaskan ibunya tak pernah mengeluarkan kenyataan sahih mengenai penyakit yang dihidapinya.

Ujarnya, tiga kali kamera dimasukkan ke dalam badan untuk cari tahu punca dan akhirnya dia disahkan mengalami autoimmune.

Screenshot 2023 11 17 142843
Screenshot 2023 11 17 142851

Dengan penuh rasa kasih, pelakon ini mengakui ibunya sudah banyak berkorban dan sudah tiba masa ibunya pula menikmati bahagia.

Kredit: Instagram Puteri Balqis Ashikin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas