Oh! Artis
Wakil Penerbit Sudah Hubungi Adi Putra Sejak Khamis Malam Tapi ‘Mat Kilau’ Yang Tak Angkat?
Pada
Oleh
Nampaknya benarlah ada salah faham antara pelakon Adi Putra dengan penerbit filem Mat Kilau, Studio Kembara. Mana tidaknya, lain yang didakwa Adi Putra, lain pula yang didakwa pihak penerbit.
BACA: Ini Respon Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Selepas Adi Putra Dakwa Dipulau
Terkini, penerbit dan pengarah urusan Kembara Studio, Abdul Rahman Mt Dali menjelaskan wakil pihaknya sudah berusaha menghubungi kembali Adi pada malam Khamis (11 Ogos 2022) tapi tidak dijawab.
Pada pukul 10.25 malam Khamis, Adi ada menghantar kiriman WhatsApp kepada adik saya selaku wakil Kembara Studio namun disebabkan kami sedang bermesyuarat, jadi dia minta tunggu sehingga selesai.
Sekitar 11 malam, adik saya ada menghubungi kembali tetapi tidak mendapat jawapan.
Dalam pada itu, Abdul mengakui masih tidak tahu apa punca sehingga berlaku isu ini. Bagaimanapun, Abdul masih mahu tahu sebab mengapa Adi tidak mahu ke Indonesia dan tidak melihat ini isu besar.
Tindakannya itu tidak melanggar kontrak kerana kami tidak berbincang mengenai pemasaran filem tetapi sebaik-baiknya dia memberikan alasan yang boleh diterima kerana ramai menantikan kehadirannya.
Rasanya, ini salah faham kecil je ni dan tak perlu dibesarkanpun. Diharapkan pihak penerbit dan pelakon dapat selesaikan masalah ni secara profesional. Janganlah bergaduh sebab kami nak tengok Adik Putra lagi dalam Mat Kilau 2.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...