Oh! Artis
Rupanya Adi Putra Mengalami Masalah Kesihatan Sejak Disember Tahun Lepas
Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra mendedahkan bahawa beliau masih dalam proses pemulihan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan batu karang sejak Disember lepas.
Menurut laporan mStar, Adi berkata yang doktor memaklumkan bahawa jangkitan ini memerlukan masa sehingga beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya.
Macam dijangka, kuman pada paru-paru mengambil masa sebulan atau lebih untuk sembuh. Sekarang pun saya masih mengambil ubat atas nasihat doktor.
“Usaha dan tawakal kunci pemulihan” – Adi Putra

Bagi memastikan kesihatannya kembali pulih, pelakon filem Mat Kilau ini menekankan pentingnya kebersihan diri dan mendapatkan rehat yang cukup.
Saya hanya mampu bertawakal kepada Allah dan memohon doa agar semua urusan saya dipermudahkan. Ubat-ubatan hanyalah salah satu usaha.
Tetap profesional, tidak pernah kecewakan peminat

Walaupun diuji dengan masalah kesihatan, Adi tetap komited terhadap kerjayanya dan enggan mengecewakan peminat serta pihak produksi.
Sepanjang 21 tahun berkarya, saya tak akan hampakan peminat. Selepas dibenarkan pulang dari hospital, saya terus ke lokasi penggambaran kerana tidak mahu menangguhkan kerja.
Sokongan isteri Adi Putra jadi penguat

Isterinya, Datin Aida Yusof sebelum ini mendedahkan bahawa keadaan Adi mungkin berpunca daripada kekurangan rehat akibat jadual kerja yang padat.
#OhmediaNasihat
Kesihatan adalah nikmat yang sering terlepas pandang. Ambil masa untuk berehat dan utamakan tubuh badan anda sebelum ia memaksa anda untuk berhenti.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM