Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan, Comel!

F2cdcef6 f587 4264 aebe da002565e7e0

Oh! Artis

(VIDEO) Shuib Akhirnya Dedah Wajah Ayash Affan, Comel!

Comel sungguh, nampaknya penantian peminat untuk melihat bayi kesayangan ramai, Ayash Affan akhirnya berakhir apabila Shuib telah mendedahkan wajah si kecil itu di Instagram miliknya, sebentar tadi.

BACA : Bukan Selebriti, Shuib Dedah Ibu Susuan Buat Anak Bongsunya

Kelihatan sihat walafiat dan tembam, Shuib merakam video pendek gelagat Ayash yang sedang tidur di katil bayi untuk tatapan peminat.

IKLAN

Manakala di akhir video tersebut, Shuib turut meletakkan foto dirinya bersama isteri, Allahyarhamah Siti Sarah sebagai penutup video.

Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shahmira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya.

Ternyata, video tersebut turut mengundang perasaan sebak kerana ia sememangnya dinanti oleh peminat.

Rata-rata pengikut media sosial dan rakan artis mendoakan agar Ayash membesar dengan baik dan menjadi anak soleh buat kedua ibu-bapanya.

Terdahulu, Shuib dilaporkan telah membawa pulang Ayash Affan yang sebelum ini berada dalam pemantauan pihak hospital.

Si kecil itu akhirnya pulang ke pangkuan keluarga pada hari ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah, 15 September lalu.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas