Connect with us

Oh! Media

(VIDEO) “Apa Guna Solat Tapi Tayang Body” – Baby Shima Bengang Ditegur Netizen

Oh! Artis

(VIDEO) “Apa Guna Solat Tapi Tayang Body” – Baby Shima Bengang Ditegur Netizen

Siapa tak kenal Baby Shima? Seorang penyanyi tanah air yang berbakat dan kian dikenali oleh sebab mempunyai suara yang merdu persis irama dangdut.

ADVERTISEMENT

BACA: Baby Shima Terkejut dan Kecewa – Harap Pihak Berkenaan Bersihkan Namanya Semula

Namun, baru-baru ini, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli telah meluahkan kekecewaannya terhadap komen negatif yang ditinggalkan oleh seorang individu.

Komen tersebut ditinggalkan oleh seorang pengguna TikTok yang mempersoalkan ibadah solatnya apabila dia mengenakan telekung di aplikasi tersebut.

https://www.tiktok.com/@babyshimaofficial/video/6990696754295475482?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6977593574082971138

Apa guna Baby Shima solat kalau tayang body

Menerusi komen yang ditinggalkan itu, individu tersebut dilihat meninggalkan komen berunsur keagamaan itu yang lantang menegur Baby Shima.

Individu berkenaan menyifatkan tiada gunanya Shima menunaikan solat jika tidak menutup aurat dengan sempurna.

Komen individu yang menegur ibadah baby shima

Berang dengan komen yang dilontarkan itu, Shima bertindak memuat naik sebuah video bagi menegur individu yang meninggalkan komen tersebut.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya itu, dia telah memuat naik sebuah video berkenaan komen tersebut selain turut menasihati individu berkenaan.

Semalam saya ada post content di TikTok. Lepas tu ada individu yang komen ‘Apa guna solat tapi tayang body’.

Ia seakan-akan kau sorang je yang boleh solat dan kau saja yang tentukan siapa yang sah dan tak sah solat.

Disebabkan pemikiran kau yang kotor, kalau orang lain bertutup pun fikiran kau tetap kotor.

Bukan anti-tegur

Dia juga mengatakan bahawa dia bukanlah seorang yang tidak boleh ditegur, tetapi teguran tersebut perlulah kena pada tempatnya.

Penyanyi lagu Pura-pura bujang itu menegaskan bahawa teguran bukanlah satu kesalahan, sebaliknya perlu dilakukan dengan cara yang betul.

Cukuplah kau judge orang tu. Kau hanya tengok dari luarannya sahaja. Tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Kau takkan tahu. Cuma Allah je tahu.

Penyanyi itu juga turut bertindak menasihati individu tersebut supaya berhati-hati ketika menegur dan tidak merasai dirinya tidak pernah melakukan kesalahan.

Ramai bagi sokongan dan kata-kata semangat

Walaubagaimanapun, hantaran yang dibuatnya itu telah mendapat perhatian daripada pengikutnya yang rata-rata memberikan kata-kata semangat kepadanya.

ruangan komen pada hantaran baby shima
ruangan komen pada hantaran baby shima menyuruh dia bersabar
ruangan komen pada hantaran baby shima bersetuju dengan pendapatnya

Video yang dikongsikannya itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 16,000 tanda suka serta sebanyak 412 komen telah ditinggalkan pada hantaran berkenaan.

Kredit: Instagram I TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas