Connect with us

Oh! Media

Ustazah Azma Harun Beri Teguran! Kecewa Dengan Dialog Janna Nick Dalam Drama ‘Surat Dari Tuhan’

ustazah asma'

Oh! Artis

Ustazah Azma Harun Beri Teguran! Kecewa Dengan Dialog Janna Nick Dalam Drama ‘Surat Dari Tuhan’

Ustazah Asma Harun dah bagi teguran tu. Sebentar tadi, Ohmedia ada kongsikan artikel tentang kecaman yang diterima pelakon, Janna Nick selepas melontarkan kata-kata kesat ketika berada di Tanah Suci Mekah.

ADVERTISEMENT

Kata-kata itu datang dari dialog yang perlu dilakukan Janna dalam drama bersiri TV3, ‘Surat Dari Tuhan’.

BACA: Janna Nick Lontarkan Kata-Kata Kesat Ketika Berada Di Tanah Suci Mekah Undang Kecaman Netizen

Sehubungan dengan itu, pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran kepada mereka yang bertanggungjawab dengan dialog ini. Ustazah Asma’ menyatakan rasa kecewa dan sedihnya kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku di tanah suci.

Alasan hanya berlakon sekalipun tidak sepatutnya berlaku di Tanah Suci…

Lakonan itu di buat di Tanah Suci di hotel yang nampak latar belakang Masjid Nabawi. Saya kata, macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ni, menggunakan makam Nabi.

Walaupun tak bersumpah, dia sebutkan dialog tu sambil menunding jari ke Masjid Nabawi dan saya sangat yakin itu Masjid Nabawi.

Atas dasar apa pun dialog itu, saya pasti perkataan itu tidak layak dan tidak wajar dijadikan dialog.

Walaupun ianya sekadar lakonan, sememangnya kita sebagai umat Islam perlu menjaga kata-kata, akhlak dan perbuatan sepanjang berada di sana tanpa mengira apa urusan sekalipun.

Tak rasa bersalah ke?

Dalam pada itu, Ustazah Asma turut mempersoalkan apakah perasaan Janna Nick ketika melontarkan dialog itu.

Tak rasa bersalah ke bila nak rakam babak itu, maksudnya tak boleh sebut makam Rasulullah.

Tempat yang paling suci, tempat yang paling indah dan tempat yang seluruh umat Islam mendambakan untuk pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini?

Ustazah Asma’ merasakan sebagai seorang pelakon juga sepatutnya menolak untuk melontarkan skrip seperti itu kerana ada hak sebagai orang Islam.

Kredit: TikTok

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas