Oh! Artis
“Ustaz Lebih Faham Kalau Fitnah Apa Hukumnya” – Ardini Rendah Diri Isu Nikah Tak Sah
Oleh
Pelakon Sabri Yunus sebelum ini sudahpun memberikan reaksi selepas ada seorang pendakwah dari Indonesia mengatakan pernikahannya bersama Angeline Tan (Ardini) tidak sah.
BACA: Sabri Yunus Sedih Dengan Tuduhan Seorang Ustaz Mengatakan Pernikahannya Tidak Sah Dan Berzina
Mufti Perlis dan bekas mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli turut telah memberikan penjelasan tentang perkara ini dan mengatakan ianya sah.
BACA: Bekas Mufti Perjelas Panjang Lebar Isu Akad Nikah Sabri Yunus Dan Angelina Tan
Dalam pada itu, kak Ardini turut memberikan maklum balas mengenai isu ini dengan nada yang cukup merendah diri tapi padat.
Kata Angeline, dia tidak mengambil pusing dengan dakwaan itu kerana apa yang penting dua orang wali yang sah di sisi agama telah mengatakan ‘sah’ ketika majlis itu berlangsung.
Bagi saya, kalau wali sah kata sah maka ianya sah. Dia bukan wali sah kita, jadi apa dia cakap tak sah. Dia orang yang belajar tinggi, dia lebih faham kalau fitnah macam ni apa hukumnya.
Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan dan kita doakan agar hubungan suami isteri yang terjalin antara abang Sabri dan kak Ardini kekal hingga akhir hayat.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
