Connect with us

Oh! Artis

Akad Nikah Sabri Yunus Dan Angelina Tan Dipersoal, Ini Penjelasan Mufti

Kecoh di media sosial apabila terdapat seorang ustaz yang menuduh pernikahan pelakon dan pelawak, Sabri Yunus bersama isterinya, Angelina Tan baru-baru ini adalah tidak sah.

BACA: Tahniah! Sabri Yunus Sah Bergelar Suami Kepada Ardini Angeline Tan

IKLAN

Bukan tu jer, ustaz terbabit juga terus membuat kesimpulan bahawa dia dan pasangan akan berzina jika pernikahan tersebut tidak sah. Berat betul tuduhan tu!

Menurut laporan mStar, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil perjelas panjang lebar bagi mengelak kekeliruan ramai mengenai hal ini.

Jelas Zulkifli, pernikahan dengan lafaz ringkas itu adalah sah berdasarkan pendapat jumhur ulama serta mazhab Syafie.

Kami berpendapat bahawa ucapan balas atau jawab pengantin lelaki ‘Aku terima’ atau ‘Aku reda’ sahaja sudah memadai dan mencukupi serta perkahwinan itu sudah dikira sah.

Hal ini kerana dapat difahami atau kembali semula kepada ucapan wali sebenarnya… maka jelas ucapan pengantin lelaki lelaki merujuk kepada perkahwinan.

Zulkifli juga berkata yang tidak salah sekiranya pengantin lelaki melafazkan akad penuh, ia akan menjadi lafaz sempurna.

Kami tidak menafikan bahawa jika pengantin lelaki mengucapkan, “Aku terima nikahnya” atau “Aku redaa nikahnya” atau seumpamanya adalah lebih baik dan keluar daripada khilaf, ini lebih ihtiyat dan sempurna.

Oleh itu, ia hendaklah dikembalikan atau merujuk kepada jabatan agama Islam masing-masing.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas