Connect with us

Oh! Media

Angeline Tan Dedah Apa Yang Sabri Yunus Lakukan Ketika Berdepan Kontroversi Perkahwinan Didakwa Tak Sah

Untitled Design   3

Oh! Artis

Angeline Tan Dedah Apa Yang Sabri Yunus Lakukan Ketika Berdepan Kontroversi Perkahwinan Didakwa Tak Sah

Sebelum ini kecoh mengenai seorang ustaz yang menuduh pernikahan pelakon dan pelawak, Sabri Yunus bersama isterinya, Angeline Tan adalah tidak sah.

Walau bagaimanapun, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil perjelaskan yang pernikahan dengan lafaz ringkas itu adalah sah berdasarkan pendapat jumhur ulama serta mazhab Syafie.

BACAAkad Nikah Sabri Yunus Dan Angelina Tan Dipersoal, Ini Penjelasan Mufti

IKLAN

Terbaru! Menurut laporan Astro Gempak, Angeline Tan akhirnya memberi respon mengenai perkara itu dan berkata dia tidak melatah sebaliknya bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Sabri.

Apa yang boleh saya katakan adalah ketika itu saya rasa sangat tenang. Saya tidak ambil peduli langsung tentang perkara itu, walaupun kawan-kawan saya bertanya, ‘awak tak takut ke?

Saya hanya menjawab saya rasa beruntung sebab Abang Sabri adalah seorang yang sangat kuat dan dia tahu apa yang dia lakukan.

Bukan tu jer, Sabri juga dikatakan selalu meyakinkan kepada dirinya bahawa perkahwinan mereka itu sah mengikut undang-undang Islam.

Dialah yang buat saya yakin. Jadi, saya tidak pernah terfikir yang perkahwinan kami ini tidak sah sebab saya sudah jelaskan semuanya. Sebab itu kami tidak kisah dengan komen-komen negatif dari orang luar.

Untuk info, Angeline telah memeluk Islam sejak 26 September 2023 dan mereka telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Oktober 2023.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas