Connect with us

Oh! Media

Usahawan Ini Dedah Fattah Amin Letakkan Dua Syarat Sebelum Jadi Duta

Untitled Design   3

Oh! Artis

Usahawan Ini Dedah Fattah Amin Letakkan Dua Syarat Sebelum Jadi Duta

Rezeki pelakon kacak, Fattah Amin makin bertambah apabila banyak jenama memilihnya sebagai duta sejak kebelakangan ini. 

Menerusi Tiktok, seorang usahawan, Datin Nurul Syahera mendedahkan yang Fattah akan setuju untuk berkolaborasi tapi dengan dua syarat dan antaranya tiada konten joget-joget.

Dia setuju tapi bersyarat. Yang pertama, tak boleh jual mahal okay saya boleh terima. Yang kedua syaratnya, tak boleh konten yang joget-joget.

Fattah Lebih Selesa Dengan Konten Yang ‘Biasa-Biasa’

Fattah hanya mahukan konten biasa saja dan akan menolak sekiranya ada konten berjoget.

IKLAN

Kalau nak rekod konten yang biasa-biasa boleh, tapi kalau nak ajak berjoget tak boleh.

Bukan itu jer, Fattah juga mahu memastikan dia betul-betul suka akan produk yang akan dia ‘review’. 

Dia bukan main sebat sahaja dan dia memang suka kopi.

Kata usahawan itu lagi, Fattah sendiri mencuba produk kopi mereka dulu dan hanya bersetuju selepas berpuas hati.

Seorang yang sopan

Fattah Amin

Usahawan itu juga turut mengakui yang Fattah merupakan seorang selebriti yang sangat sopan dan berprinsip.

Tapi syarat yang dia berikan itu sebenarnya bagus untuk dia,” katanya sambil memuji peribadi Fattah yang lemah-lembut dan jelas dengan prinsip hidupnya.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan usahawan itu yang menyifatkan Fattah adalah seorang lelaki beradab yang bijak menjaga imej.

#OhmediaNasihat

Memiliki prinsip dan pendirian yang jelas seperti Fattah Amin adalah contoh baik untuk kita semua. Jangan mudah terpengaruh dengan perkara yang tak sesuai dengan diri kita hanya untuk mengikut arus. 

Sebaliknya, peliharalah maruah dan lakukan apa yang selesa buat diri sendiri. Ini bukan sahaja membantu menjaga imej, tetapi juga menunjukkan bahawa kita punya pendirian yang dihormati.

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas