Connect with us

Oh! Media

“Uncle Sayang Aqish” – Azhar Sulaiman Mohon Maaf, Tetap Berpegang Aib Harus Dijaga

Oh! Artis

“Uncle Sayang Aqish” – Azhar Sulaiman Mohon Maaf, Tetap Berpegang Aib Harus Dijaga

Pelakon Azhar Sulaiman baru-baru ini meluahkan pendapat peribadi tak bersetuju dengan cara Puteri Balqis mendedahkan aib keluarga kepada umum. Menurut Azhar, sebagai selebriti yang dikenali ramai, kadang kala ada rahsia yang perlu disimpan rapi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Tahu Saya Anak Dia Tapi” – Bapa Dikecam Sebab Ulas Isu Puteri Balqis, Leona Buka Mulut

Pendapat pelakon ini ternyata telah mengundang kecaman ramai. Ramai yang tak berpuas hati seolah-olah pelakon ini tak dapat membezakan antara aib dan jenayah. Malah, anak perempuannya, Kasih Iris Leona turut menerima tempias.

Terbaru, pelakon drama Keluarga Iskandar ini tampil memohon maaf kepada semua pihak yang marah dengannya.

Pelakon berusia 51 tahun ini bagaimanapun berpegang dengan pendirian iaitu wajib bagi seorang Islam untuk menjaga aibnya sendiri dan orang lain.

Tambahnya, tak kiralah agama apa sekalipun, adalah satu tindakan yang bijak jika anda tak berkongsi rahsia keluarga secara terbuka.

Beliau mencadangkan masalah maruah diri dan keluarga diselesaikan mengikut cara yang betul iaitu melaporkan kepada pihak polis.

Semoga segala urusan Aqish & family akan Allah swt permudahkan.

Beliau turut meminta maaf kepada Puteri Balqis jika pendapatnya telah mengguris hati pelakon remaja itu. Tetapi dia sebenarnya mengambil berat dan sayangkan pelakon itu.

Masing-masing ada pendapat tersendiri kan? Semoga urusan pelakon remaja berkenaan dipermudahkan dan keadilan dapat ditegakkan.

Kredit: Instagram Azhar Sulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas