Connect with us

Oh! Media

Tyzo Xander Luah Rasa Syukur Tiba Di Mekah, Terharu Ibadah Umrah Ditaja

Tyzo xander

Oh! Artis

Tyzo Xander Luah Rasa Syukur Tiba Di Mekah, Terharu Ibadah Umrah Ditaja

Sejak kebelakangan ini kecoh nama penyampai radio Tyzo Xander hangat dibualkan oleh netizen di media sosial selepas diberhentikan serta merta dari stesen radio Suria.

ADVERTISEMENT

Terbaharu, Tyzo meluahkan perasaan syukur kerana sudah tiba di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain turut berkongsi sebuah video memaparkan dia berada di bilik hotelnya yang memandang ke arah Kaabah.

Dalam video itu, turut memaparkan Tyzo yang memakai pakaian ihram sambil menunjukkan pemandangan dari bilik hotel selain mengucapkan terima kasih kepada individu yang menaja ibadah umrahnya.

Alhamdulillah rezeki, terima kasih Jay Ibrahim Travel, Haji Hariz dan juga Haji Jay, terima kasih banyak-banyak.

Dalam pada itu, Tyzo juga menulis rasa kesyukurannya kerana dapat menunaikan umrah ketika dia sedang menghadapi ujian pada ruangan kapsyen.

Syukur saya selamat sampai Mekah. Paling mengharukan, Haji Jay dan Haji Hariz tempatkan saya di tingkat 47, Hotel Swissotel tingkat paling tinggi Menara Jam Mekah.

Betul-betul menghadap Kaabah. Rezeki saat diduga.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan rasa kesyukuran terhadap Tyzo kerana dapat menunaikan ibadah umrah saat diduga.

Tyzo Xander

Tyzo Xander

Tyzo Xander

BACA: Tyzo Xander Tunjuk Bukti Kedudukan Rating Sebenar, DJ Lin Paling Corot

Terdahulu, kecoh media sosial dakwaan segmen kendalian DJ Tyzo dan Sharifah Shahirah menunjukkan penurunan.

Kredit: Facebook Tyzo Xander

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Macam-macam hal lah netizen ni. Kenapa la gelar diri dia nenek sampai macam tu sekali. Dah jodoh dengan laki muda… #OMRasa #jasminhamid #lakimuda

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas