Connect with us

Oh! Media

Tangan Tumbuh Ketulan Kecil Warna Hitam, Ustaz Kazim Mohon Bantuan Carikan Penawar

Oh! Artis

Tangan Tumbuh Ketulan Kecil Warna Hitam, Ustaz Kazim Mohon Bantuan Carikan Penawar

Banyak dugaan yang dihadapi pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias sejak beberapa tahun ini. Beliau yang lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim itu sebentar tadi berkongsi satu gambar penyakit baru yang menimpa dirinya.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran itu, dia turut meminta jasa baik dan bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya.

Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan Ustaz Kazim di Facebook miliknya, ada ketulan kecil warna hitam tumbuh di bahagian tangannya.

Sesiapa yang boleh ubatkan saya tolonglah. Berat mata memandang berat lagi bahu yang menanggung. Pada Allah kita berserah. – Luahnya.

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa dan mendoakan agar Ustaz Kazim cepat sembut dari penyaki misteri tersebut.

Dalam pada itu, ada juga yang berpandangan penyakit yang dialami Ustaz Kazim adalah sihir kerana dia juga mengalami tanda yang sama tahun lalu sehingga menyebabkan kaki kirinya membengkak. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Ustaz Kazim.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas