Oh! Artis
Tular Lagi Video Sabronzo Bersama Dash Berlin, Ramai Kata Sah Memang Dah Kahwin!
Video Sabronzo Dolla bersama DJ Dash Berlin di lapangan terbang makin kuatkan spekulasi kahwin.
Selepas foto perkahwinan yang didakwa milik Sabronzo Dolla bersama DJ antarabangsa terkenal, Dash Berlin tular sejak Rabu lalu, kini muncul pula sebuah video baharu yang terus mencetuskan tanda tanya.
Menerusi satu rakaman di Tiktok, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli kelihatan berjalan di lapangan terbang antarabangsa dengan mengenakan busana berona kelabu sambil menarik bagasi.
Video Sabronzo dan Dash Berlin muncul lagi
Lebih menarik perhatian, Sabronzo dilihat berjalan bersebelahan Dash Berlin bersama beberapa individu lain yang dipercayai ahli keluarga deejay tersebut.
Spekulasi perkahwinan makin kuat

Kehadiran video itu seakan menguatkan lagi khabar angin mengenai status Sabronzo yang sebelum ini didakwa sudah selamat bergelar isteri kepada Dash Berlin.
Sebelum ini, beberapa keping foto majlis yang dipercayai perkahwinan pasangan itu turut tular di media sosial dan difahamkan berlangsung di Bali, Indonesia.
Pssttt! Kadang-kadang khabar angin boleh jadi lebih heboh daripada kenyataan. Apa pun, biarlah tuan empunya badan yang sahkan agar tidak timbul salah faham.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.