Connect with us

Oh! Media

Tingkah Laku Iqram Dinzly Di Luar Pelik, Tapi Profesional Di Set?

Oh! Artis

Tingkah Laku Iqram Dinzly Di Luar Pelik, Tapi Profesional Di Set?

Kalau disebut nama Iqram Dinzly, pasti kebanyakan cerita yang berlegar di fikiran netizen adalah berkenaan kontroversi dan tingkah laku peliknya.

ADVERTISEMENT

BACA : (Video) Iqram Dinzly Buat Hal Lagi, Nafi Tunjuk Anu Dalam Live

Namun, menepis dakwaan itu, Pengarah drama bersiri Hati Yang Dikhianati, Bade Hj. Azmi menyifatkan pelakon itu komited sepanjang berada di lokasi penggambaran.

Menurut Gempak, Bade berkata sikap Iqram ketika bekerja sama sekali tidak seperti yang dihebohkan oleh netizen selama ini. Pelakon itu dikatakan mempunyai auranya tersendiri dan mudah menerima arahan.

Kata Bade lagi, dia sudah mengenali pelakon berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu iaitu ketika Iqram masih remaja. Bagaimanapun, sudah agak lama Bade tidak berjumpa dan hanya melihat perkembangan Iqram menerusi IG dan komen di media sosial.

Apabila kami bertemu semula, dia masih Iqram yang dulu. Seperti langit dan bumi bezanya dengan dakwaan-dakwaan netizen sebelum ini. Dia profesional dan saya tiada masalah bekerjasama dengannya.

Jelas Bade lagi, kemunculan Iqram menerusi drama berkenaan dapat mengubat rindu peminat yang sudah lama menantikannya kembali aktif dalam karier seninya.

Katanya, disebabkan bakat Iqram sebagai seorang pelakon dan aura yang dimilikinya itu, ramai penonton terkesan dan berasa geram dengan watak yang dilakonkannya.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas