Connect with us

Oh! Media

“Time Pakcik Sodap Hilang Kopiah” – Zarina Anjoulie Dedah Sama-Sama Buat Dosa Dengan Ex?

Zarina anjoulie khazrul ohmedia

Oh! Artis

“Time Pakcik Sodap Hilang Kopiah” – Zarina Anjoulie Dedah Sama-Sama Buat Dosa Dengan Ex?

Makin menjadi-jadi pula isu antara pelakon Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey. Ini berikutan selepas masing-masing masih tidak berhenti berkongsi hal mereka di media sosial yang dilihat selalu menjawab persoalan dari netizen ketika lakukan sesi live.

BACA: Bekas Tunang Dedah Bagi RM100K Buat Pagar, Zarina Anjoulie Kata Hanya RM30K Tapi Tetap Hargai

Anju juga dilihat semakin berang selepas DS Khazrul tidak henti bercakap tentang hal tersebut serta mendedahkan lebih banyak aib-aib yang lain.

IKLAN
Image 166

Terbaru, DS Elzey mengeluarkan dakwaan tentang cara Anju melayan anak tunggalnya, Mateen serta tentang perselisahan faham ahli keluarga. Bekas tunangnya itu turut mendedahkan masalah pelakon tersebut yang pernah dihalau keluar dari rumah beberapa kali.

Terkilan dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh bekas tunang yang seakan-akan menggambarkan dirinya cuba mengikis harta benda, Anju juga berkongsi bukti gambar kunci rumah milik DS Khazrul yang sempat dimilikinya.

Image 167

Bukan itu saja, Anju turut sempat berkongsikan DM seseorang kepadanya yang mendakwa pernah bersama DS Khazrul dan meluahkan rasa kurang senang selepas mengetahui Anju bercinta dengan DS Khazrul tetapi Anju tidak mahu berfikir buruk ketika itu.

Image 168

Dalam pada masa yang sama, selebriti berusia 35 tahun itu merasakan dirinya seperti dijadikan sebagai bahan konten buat DS Khazrul serta dia turut memberi penjelasan lanjut mengenai isu pemberiaan hadiah pagar itu.

Image 169

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas