
Oh! Artis
Bekas Tunang Dedah Bagi RM100K Buat Pagar, Zarina Anjoulie Kata Hanya RM30K Tapi Tetap Hargai
Oleh
Ohmedia harap sangat isu antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey dapat diselesaikan dengan baik secara bersemuka. DS Khazrul juga ada menyatakan dia bakal bertemu dengan keluarga Anju pada 17 Februari ini.
Rata-rata juga mengharapkan mereka berbaik kerana masing-masing sudah mengenali antara satu sama lain dan tahu hati budi. Sebelum ini, DS Khazrul turut dilihat sanggup menanggung kos pembinaan pagar sekitar kediaman untuk keselamatan Anju dan anak-anak.
Kami juga ada berkongsi tentang isu ini di mana DS Khazrul mendedahkan telah membelanjakan sekitar RM100,000 untuk membina pagar rumah Anju.
BACA: “Aku Bukan Biawak Hidup..” – DS Khazrul Dedah Berhabis RM100K Bina Pagar Zarina Anjoulie

Sedar dengan pendedahan tersebit, Anju pula tampil mendakwa bekas tunangnya itu hanya membayar sebanyak RM30,000 sahaja. Walaubagaimanapun, Anju tidak mahu bercakap soal itu dan akan tetap menghargai segala jasa baik yang dilakukan DS Khazrul.
@imyoursbestie Bagus anju ni wlupon dh putus tp die tetap appriciate n tak lupa jasa ex dia… Kesian pulak kt anju ni.. Xpelah anju, ramai lagi yg beratur tu nk kt anju 🫣 #anju #zarinaanjoulie #puteranordanish #puteranordanish #anjoulielavocah1 #fyp @Zarina anjoulie
♬ Sial – Mahalini
Kredit: TikTok
