Connect with us

Oh! Media

“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku Di Dalam Islam” – Nedim Nazri

Oh! Artis

“Tiada Yang Berubah Cuma Dia Bukan Milikku Di Dalam Islam” – Nedim Nazri

Selepas tujuh tahun bersama, pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri disahkan berpisah talak 1 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Nedim Nazri Ceraikan Nora Danish Dengan Talak Satu Selepas Lebih 7 Tahun Bersama

Ketika bercakap kepada media, Nora berkata, keputusan ini diambil secara baik oleh kedua-dua pihak dan fokus utama mereka kini membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.

Selepas berita berpisahan, Nedim dilihat memuat naik gambar dengan kapsyen sayu di Instagram. Tulis Nedim, “Tiada yang berubah cuma dia bukan milik ku di dalam Islam. (Percaya lah kalau dia milikku, dia akan kembali milikku)”.

nedim nazri

Di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikut memberi kata-kata semangat mendoakan yang terbaik buat beliau dan Nora Danish.

bossned

Terdahulu, Nora menyangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan mereka. Mereka duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga yang dibina tetapi gagal.

Kredit: Instagram Nedim Nazri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas