Oh! Artis
Teruja Isteri Pakai Tudung, Caprice Nyatakan Hasrat Lancar Semula Pakaian Muslimah
Tiger of Al-Quds, Caprice baru-baru ini berkongsi rasa keterujaannya apabila isteri tercinta, Farra Inalis dilihat tampil memakai hijab dengan sempurna ketika mereka berdua keluar bersama.
BACA: “I Boleh Minta Maaf Dan Bertaubat Bila Tiba Masanya” – Isteri Caprice Tak Kisah Kena Kecam Seksi
Dalam video pendek yang dimuat naik di Instagram miliknya itu, Caprice ada meluahkan hasrat untuk melancarkan semula perniagaan berkonsepkan muslimah dan aplikasi Islamik miliknya jika Farra berterusan memakai tudung.
Kalau baby (Farra) kekal dengan benda ni (berhijab), Insya-Allah esok juga abang order kain lancar semula bisnes pakaian muslimah kita. Lancar semula aplikasi-aplikasi islamik kita.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memuji keayuan Farra mengenakan hijab dan mendoakan agar wanita itu istiqomah dalam menutup aurat.
Selang sehari buka pakai tudung pun takpa lah, niat nak belajar perlahan-lahan.- netizen
Cantik Farra pakai tudung, kita doakan yang baik-baik saja ya!
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media