Connect with us

Oh! Media

“I Boleh Minta Maaf Dan Bertaubat Bila Tiba Masanya” – Isteri Caprice Tak Kisah Kena Kecam Seksi

Oh! Artis

“I Boleh Minta Maaf Dan Bertaubat Bila Tiba Masanya” – Isteri Caprice Tak Kisah Kena Kecam Seksi

Lepas berkahwin, macam-macam kisah kontroversi yang kita dengar mengenai isteri penyanyi rap Caprice, Farra Inalis ni kan?

ADVERTISEMENT

BACA: “Ingat Lepas Kahwin Ujian Berkurang..” – Caprice Minta Bantuan, Isteri Disyaki Terkena Sihir

Wanita ini sering terpalit dengan isu berpakaian seksi sehingga menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Mereka menasihati Farra Inalis atau lebih mesra disapa Elis supaya lebih sopan dalam berpakaian lebih-lebih lagi apabila kini dia telah berkahwin dengan seorang selebriti.

Tidak melenting, ibu kepada seorang anak ini berkata, dia takkan mampu memuaskan hati semua orang. Ujarnya, dia tidak perlu marah dengan caci maki orang ramai kerana komen itu sebenarnya memberi keuntungan kepadanya tanpa sedar.

Viral buatkan i lagi tambah followers and lonjakkan sales i. Untung free marketing. Bukan i mintak, diorang sendiri yang volunteer nak tolong.

Sanggup comment macam-macam untuk puaskan hati sendiri walaupun tak pernah kenal i, ini lah dinamakan manusia yang ada penyakit hati.

Tambah isteri Caprice ini lagi, segala komen negatif yang dilemparkan terhadap mereka sekeluarga mungkin bertujuan untuk raih perhatian atau tumpang populariti.

Walaupun i free hair tak bermakna i jahat. I berdosa urusan i dengan Allah, i boleh mintak maaf & bertaubat bila tiba masanya.

I dengan suami itu urusan antara kami, tak perlu nak tolong remind me “kesian suami tanggung dosa”. Helloo, he knows who’s he married with. Korang sesama manusia tak berhak nak menghukum, pilihan masing-masing.

Jelasnya lagi, dia takkan padam segala komen negatif dan sebenarnya tiada masa untuk melayan netizen yang mengecamnya.

Perkongsian penuh:

Kredit: Instagram Farra Inalis

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas