Connect with us

Oh! Media

“Terlalu Seksi Untuk Ditonton” – Netizen Tegur Yazmin Aziz Tayang Gambar Pakai Bikini

Oh! Artis

“Terlalu Seksi Untuk Ditonton” – Netizen Tegur Yazmin Aziz Tayang Gambar Pakai Bikini

Nama Yazmin Aziz kini semakin dikenali setelah dia menempa nama dalam program realiti TV, Big Stage 2022 selain popular sebagai seorang personaliti media sosial.

ADVERTISEMENT

BACA: Artis Indonesia Tetap Tayang Gambar Berbikini Walaupun Ibu Selalu Ingatkan Tentang Seksa Kubur

Meskipun masih ‘hijau’ dalam industri seni hiburan, Yazmin turut terpalit dengan beberapa kisah sensasi seperti keakraban ‘luar biasa’ dengan rakan industri, Daniel Chuer yang didakwa berlebihan dan melanggar batas sebagai seorang muslim.

Dan baru-baru ini, nama Yazmin sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila dia beraksi seksi di Instagram miliknya dengan hanya memakai bikini.

Maka, berduyunlah warga maya meninggalkan komen kritikan yang rata-ratanya menegur Yazmin agar tidak terlalu mendedahkan bentuk tubuh.

Terkenal dengan ayat ‘Bestfriend’ dalam loghat Filipinanya, Yazmin juga ditegur supaya menjaga adab sebagai seorang wanita Islam oleh netizen.

Kredit: Instagram Yazmin Aziz | Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas