Connect with us

Oh! Media

Artis Indonesia Tetap Tayang Gambar Berbikini Walaupun Ibu Selalu Ingatkan Tentang Seksa Kubur

Ohmedia anya seksi

Oh! Artis

Artis Indonesia Tetap Tayang Gambar Berbikini Walaupun Ibu Selalu Ingatkan Tentang Seksa Kubur

Bintang drama bersiri Layangan Putus, Anya Geraldine mendedahkan bahawa dia sering diingatkan mengenai seksa kubur oleh ibunya. Ini berikutan Anya sering saja memuat naik foto seksi di media sosial Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Difahamkan juga, ibu Anya merupakan seorang individu yang taat pada agama dan turut mengikuti akaun Instagram miliknya.

Begini, ibu saya antara individu yang mengikuti akaun Instagram saya. Jadi, saya tak sampai hati nak menyekat akaun dia dan pastinya dia lihat juga apa yang saya kongsikan.

Ibu saya juga bertudung, sangat taat pada agama Islam. Kalau contohnya saya balik dari Bali dan ada berkongsi foto bikini atau apa, dia selalu WhatsApp saya.

Kata Anya, ibunya sering menghantar pesanan WhatsApp mengenai seksa kubur dan kadang-kadang video ceramah Ustaz Khalid Basalamah kepadanya.

IKLAN
Adegan panas dengan anya geraldine reza rahadian biasa aja jiog409ict

“Apa-apa saja dia akan forward saja..” ujarnya lagi ketika ditemu bual oleh Keanu Agl dalam saluran YouTube Waw Entertainment.

Terdahulu, nama Anya Geraldine menjadi bualan ramai selepas dia membintangi drama bersiri Layangan Putus bergandingan dengan Reza Rahadian.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas