Connect with us

Oh! Media

PU Syed Tegur Artis ‘Senior’ Tayang Pakai Baju Corak Bikini

bikini

Trending

PU Syed Tegur Artis ‘Senior’ Tayang Pakai Baju Corak Bikini

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama sebenarnya Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegur tindakan tiga orang selebriti senior yang memakai baju tidur bercorak bikini.

ADVERTISEMENT

BACA: PU Syed Tegur Dua Ahli Kumpulan Dolla Beragama Islam, Terlampau Seksi Dan Menyeksakan

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram, ketiga-tiga mereka difahamkan bercuti bersama-sama dan merakam momen menari di dalam bilik hotel.

Namun, PU Syed berkata, tindakan itu adalah satu contoh tak baik kepada para peminat. Sebagai figura dikenali ramai, mereka seharusnya menjadi artis yang cakna kepada dosa dan pahala.

Jelas ustaz lagi, walaupun bukanlah pakaian dalam sebenar tetapi ianya mendatangkan fitnah kepada si pemakai.

pu syed
pu syed

Nasihat PU lagi, seorang wanita dibenarkan untuk memakai baju corak bikini atau memakai bikini sebenar hanya untuk tontonan suami yang halal.

Beliau turut memberi nasihat kepada para penggiat seni supaya tidak mencampur aduk di antara perkara yang halal, haram dan syubhah.

Kredit: Facebook PU Syed

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas