Connect with us

Oh! Media

Terlalu Minat Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Cerai, Pelakon Ini Akui Sedih

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 05t162250706

Oh! Artis

Terlalu Minat Aaron Aziz Jadi Punca Pasangan Cerai, Pelakon Ini Akui Sedih

Pelakon kacak kelahiran Singapura, Aaron Aziz meluahkan rasa sedih apabila namanya dipetik menjadi alasan salah satu kes penceraian pasangan Islam.

BACA: Aaron Aziz Tampil Bersuara Isu Usahawan Kurang Adab

Menerusi keratan akhbar bertajuk ‘PUBG, Tupperware, Aaron Aziz alasan cerai’ itu mendedahkan beberapa punca remeh menyebabkan pasangan berpisah. Salah satunya adalah kerana terlalu meminati pelakon Aaron Aziz.

IKLAN

Malah, masalah rumah tangga yang semakin meruncing ketika pandemik serta tekanan akibat masalah kewangan turut menyebabkan hubungan musnah.

Dalam hantaran itu, pelakon filem KL Gangster ini mengakui sedih dan sama seperti orang lain, suami mestilah menginginkan rumah tangga bahagia.

Dia berharap pasangan tersebut dapat rujuk semula demi kebahagiaan anak-anak dan amanah yang telah diberikan Allah SWT.

Pelakon ini turut menyertakan hashtag Jangan Kecam Abang, Abang Tak Bersalah dan Perkara Yang Abang Tidak Ingin Berlaku apabila dirinya tiba-tiba menjadi alasan pasangan lain bercerai.

Apa-apun, dinasihatkan agar orang ramai berpada-padalah dalam meminati seorang artis. Janganlah terlampau taksub sehingga menjejaskan hubungan.

Kredit: Instagram Aaron Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas