Connect with us

Oh! Media

Aaron Aziz Tampil Bersuara Isu Usahawan Kurang Adab

56f4c5fa 681c 4bea b5bd 8749806e1c93

Oh! Artis

Aaron Aziz Tampil Bersuara Isu Usahawan Kurang Adab

Semalam kecoh di media sosial satu video berkenaan seorang usahawan melayani warga emas dengan agak kasar dan mempersoalkan kisah lampau lelaki berusia 64 tahun itu ketika membuat ceramah motivasi bertajuk ‘ubah diri’ di sebuah pusat transit. 

BACA : Cakap Kasar Dengan Orang Tua, Usahawan Ini Undang Kecaman Netizen

Ramai individu yang tidak berpuas hati dengan usahawan tersebut kerana layanannya yang dianggap kurang beradab dengan orang tua sampaikan beberapa selebriti juga tampil menyuarakan hal ini.

IKLAN

Malik is back!

Pelakon terkenal, Aaron Aziz yang memegang watak Malik dalam filem KL Gangster juga tampil bersuara menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

Kalau lu rasa lu dihantar tuhan untuk tolong orang susah, sekarang Allah juga boleh kasi lu susah.

Betul juga, ini semua soal rezeki. Sekelip mata Allah boleh bagi kita senang dan sekelip mata Allah boleh buat kita susah. Jangan adanya rasa angkuh bila kita berada di atas sampai nak memperlekehkan orang yang susah.

Usahawan Mohon Maaf

Walaubagaimanapun, usahawan berkenaan tampil memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang berasa tidak berpuas hati dengan isu ini.

Apapun, semoga hal ini menjadi iktibar kepada semua dan beradablah dengan orang tua tak kira siapapun dia. 

Kredit: Instagram Aaron Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas