Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Allah..” – Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia, Syukur Dapat Bersama Buat Kali Terakhir

liyana jasmay

Oh! Artis

“Terima Kasih Allah..” – Bapa Liyana Jasmay Meninggal Dunia, Syukur Dapat Bersama Buat Kali Terakhir

Bapa kepada Liyana Jasmay, Datuk Jasmay Md. Shah, 68, telah meninggal dunia jam 11.30 pagi tadi akibat kanser paru-paru.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jika Tawaran Menyeronokkan, Susah Nak Tolak” – Liyana Jasmay Masih Nak Berlakon

Pelakon dan penerbit itu telah berkongsi gambar di laman Instagramnya bersama ucapan dan kata-kata buat babah tercinta.

Setahun lebih berjuang dengan penyakit kanser

Menerusi laporan Kosmo, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya disisi Liyana di kediaman keluarga di Kemensah, Hulu, Kelang, Selangor.

Ya, memang babah telah meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya.

Arwah babah meninggal dunia dengan saya di sisinya di rumah kami selepas setahun lebih berjuang dengan penyakit kanser.

Liyana juga mengucapkan rasa syukur kerana Allah telah mengizinkannya untuk bersama dengan babahnya pada nafas terakhirnya.

Liyana turut mendoakan babahnya agar diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman di laman Instagramnya.

Semoga babah diampunkan segala dosa. Semoga babah ditempatkan bersama orang beriman. Semoga babah dijauhi azab kubur.

You are the best daddy to our family, to your extended families, tp your friends. You bring light and joy to people. You are the giver.

You gives me so much daddy and i thank you for raising me well.

Hanya doa yang mampu mengiring babah sekarang.

Adik harap dapat jumpa babah di jannah nanti. InsyaAllah.

I love you babah.

liyana jasmay
Gambar yang dimuat naik Liyana.

Rakan-rakan artis turut mengucapkan takziah buat Liyana di ruangan komen Instagram.

liyana jasmay

Liyana juga menyatakan jenazah arwah bapanya akan disolatkan di Masjid Al- Iman Kemensah Height pada jam 3 petang ini dan dikembumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Selangor.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diterima segala amal kebaikannya. Salam takziah diucapkan buat Liyana Jasmay sekeluarga dari team Ohmedia. Al Fatihah.

Kredit: Instagram | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas