Connect with us

Oh! Media

“Jangan Diikut Budaya Barat”, Teguran PU Rahmat Tentang Lamaran Secara Terbuka

Oh! Artis

“Jangan Diikut Budaya Barat”, Teguran PU Rahmat Tentang Lamaran Secara Terbuka

Rasanya masih hangat lagi cerita tentang Uqasha Senrose yang dilamar oleh Kamal Adli waktu malam Anugerah MeleTOP Era 2020 dua hari lepas. Mana taknya, kena propose atas pentas kot, live pula tu. Teringat pula zaman-zaman Hanis Zalikha dengan Hairul Azreen dulu, tapi yang itu dekat pentas Gegar Vaganza musim pertama.

ADVERTISEMENT

Tapi konsep lamarannya lebih kurang sama, iaitu dibuat secara live dan boleh ditonton secara umum. Wah, memang sweet habislah kalau ikutkan. Tapi, mesti ada juga mulut-mulut netizen yang akan kaitkan budaya ini seolah-olah mengikut trend barat. Hm, betul ke?

Seolah-olah faham dengan perdebatan yang akan dikemukan netizen, PU Rahmat telah tampil dan buat satu posting di Facebook tentang isu ini. Tapi bukan untuk kecam, tapi untuk memberi penerangan kepada umum. Bahkan, di awal postingnya juga PU Rahmat telah mulakan dengan mendoakan mana-mana pernikahan kekal hingga syurga.

Menurut PU Rahmat, sebenarnya Islam tak menggalakkan untuk kaum lelaki melamar wanita secara terang-terangan, seperti di restoran ataupun atas pentas. Sebab yang pertama, untuk elak beri tekanan pada kaum wanita. Yelah, kalau dah dilamar secara terang-terangan, mesti ada wanita yang rasa bersalah untuk jawab tidak dan tolak lamaran, kan? Jadi, Islam tak mahu wanita berada dalam keadaan serba salah atau tertekan sewaktu terima lamaran yang melibatkan masa depannya.

“Tak dinafikan ada wanita boleh yakin dan kuat untuk mengatakan tidak kepada mana-mana lamaran tetapi ada wanita yang akan kasihan atau menjadi tidak berupaya menolak lamaran. Maka kaedah merisik lebih baik kerana memberi wanita masa berfikir, bermuhasabah dan membuat perkiraan.” – tulisnya.

Yang kedua, untuk jaga air muka kaum lelaki. Bayangkan kalau lelaki yang melamar secara terang-terangan itu direject? Mesti malu, kan? Sebab itu Islam tak galakkan. Sebab yang ketiga pula, supaya pihak kedua-dua keluarga boleh bertemu antara satu sama lain.

Bila merisik, setidak-tidaknya kedua-dua belah keluarga boleh bertemu dan saling menilai jiwa antara dua keluarga. Yelah, bila sebut pasal kahwin, ia bukan sekadar menyatukan dua jiwa, tapi juga menyatukan dua keluarga. Bila ada perbincangan dan restu dari kedua ibu bapa, inshaAllah akan ada berkat dalam perkahwinan.

Di akhir penulisannya juga, PU Rahmat sekali lagi mengingatkan tujuannya adalah untuk menyampaikan ilmu dan bukannya menuding jari pada mana-mana pihak. Kata PU juga, dia tak mahu budaya Barat yang tak patut dicontohi jadi satu trend pula di negara kita.

“Saya gembira atas kejayaan lamaran kamal adli dan Uqasha Senrose dan mendoakan kebahagiaan mereka, semoga mereka dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Hanya saya berharap trend melamar secara terang-terangan dihentikan dan tidak menjadi budaya kita.” – tambahnya.

Bagus juga bila ada posting yang begini. Ada juga ilmu baru yang kita dapat. Hati pun tenang bila baca sebab teguran yang diberi ditulis penuh hikmah dan berhemah. Harapnya orang luar pun boleh dapat pengajaran yang sama. Ingat apa PU Rahmat kata, “Romantiklah dengan syariat, insyaAllah berkat”.

Kredit: Facebook PU Rahmat

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas