Oh! Artis
Tak Tinggal Sebumbung Sejak 2022, Rupanya Nina Iskandar Sudah Bercerai
Pelakon cantik, Nina Iskandar akhirnya mengesahkan bahawa dirinya sudah bergelar janda selepas bercerai dengan suaminya, Azlan Adzanan, tahun lalu.
Menurut laporan mStar, Nina berkata yang penceraian tersebut bukanlah disebabkan oleh orang ketiga, sebaliknya berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka.
Ya, saya sekarang sudah bergelar janda. Sampai bila saya mahu berselindung?
Sudah tidak tinggal sebumbung sejak 2022

Tambah pelakon berusia 34 tahun itu, mereka sebenarnya sudah tidak tinggal bersama sejak pertengahan 2022, namun memilih untuk tidak menghebohkan perkara ini demi menjaga aib kedua-dua belah pihak.
Saya bukan jenis suka mengheboh-hebohkan kerana saya mahu menjaga perasaan keluarga.
Nina Iskandar masih sepakat besarkan anak bersama
Walaupun sudah berpisah, Nina dan bekas suaminya tetap bersepakat untuk membesarkan anak mereka bersama, demi masa depan si kecil bernama Aaryan Ar-Rizqin yang kini berusia 5 tahun.
Saya tidak mahu memutuskan hubungan antara anak dan ayah. Mereka juga bebas untuk berhubung menerusi panggilan video.
Nina turut berkongsi bahawa dia sering membawa anaknya pulang ke Johor untuk bertemu dengan bekas suami dan keluarga mentua.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM