Connect with us

Oh! Media

Peminat Dedah Perangai Sebenar Amir Ahnaf

untitled design   2

Oh! Artis

Peminat Dedah Perangai Sebenar Amir Ahnaf

Semalam, tular satu video di TikTok memaparkan pendedahan seorang peminat mengenai pelakon yang kian popular di kalangan rakyat Malaysia selepas lakonan mantap dalam drama Projek: High Council iaitu Amir Ahnaf.

Melalui perkongsiaan tersebut, individu berkenaan berasa kecewa dengan sikap Amir yang didakwa sombong serta kerek biarpun tidak sampai setahun popular dalam industri seni.

749ddfbb a04e 46f6 82dd b6dcdb09f2ea

Menurutnya, selepas saja selesai program Big Stage, individu tersebut serta rakannya menunggu pelakon itu kerana mahu mengambil gambar bersama tetapi sama sekali tidak dilayan.

IKLAN
f2379a35 1e4e 4b18 af9a b6da4bd13133

Peminat tersebut berkata mereka mahu berjumpa dan mengambil satu gambar saja tetapi langsung tidak diendahkan biarpun mempunyai masa sebelum kereta yang dinaiki tiba di kawasan menunggu.

Dalam pada itu, individu berkenaan tersebut faham jika Amir ketika itu penat tetapi tindakannya tidak senyum kepada peminat dan meminta maaf membuatkan dia berasa pelakon berkenaan hanya fake di hadapan kamera melayan peminat dengan baik.

0c3d77dd 327f 4a2b 9ca1 98a9e6cb1300

Susulan itu, individu tersebut mendakwa Amir seorang selebriti yang sombong biarpun baru saja popular kerana drama lakonannya dan meminta Amir berasa bersyukur kerana mereka tidak merakam sikapnya yang langsung tidak seperti yang dipaparkan hadapan kamera.

c5062912 edfa 48bf a989 39ef06a57ee3

Bahkan, individu itu membandingkan Amir dengan selebriti popular tanah air serta antarabangsa lain yang jauh lebih baik biarpun sudah lama dalam industri seni.

BACA : Amir Ahnaf Tidak Mahu Tampil Perjelas Isu Digelar Sombong

Walau bagaimanapun, pelakon utama dalam siri drama Projek High Council itu tampil mengenai dakwaan ini dan meluahkan rasa kecewa dengan beberapa berita negatif yang menyatakan mengenai dirinya.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas