Connect with us

Oh! Media

“Tak Boleh Menghina Orang Tua” – Baim Wong Mengaku Salah

baim

Oh! Artis

“Tak Boleh Menghina Orang Tua” – Baim Wong Mengaku Salah

Tular di media sosial apabila seorang pelakon lelaki Indonesia, Baim Wong memarahi seorang warga emas yang mahu meminta bantuan.

ADVERTISEMENT

BACA: Rajin Buat Video Sedekah, Baim Wong Dikecam Hina Orang Tua Mengemis Wang

Selepas dikecam teruk oleh netizen, Baim Wong telah berjumpa dengan warga emas bernama Pak Suhud yang dimarahinya itu untuk memohon maaf atas tindakannya yang tidak beradab.

Proses mengakui salah

baim

Dengan permohonan maaf yang dilakukan, kini, Baim Wong dan Pak Suhud sudah berdamai dan hubungan mereka semakin baik.

Menurut Liputan6, Baim sebenarnya memerlukan satu proses untuk mengaku dirinya salah dan membuat permohonan maaf. Setelah berfikir, Baim akhirnya sedar bahawa dia memang bersalah.

Saya mesti ada dalam diri ini untuk beritahu bahawa saya salah. Tapi sewaktu itu, saya masih berfikir yang saya ni betul, dan tidak bersalah.

Tapi sebenarnya saya ada kekurangan, saya tidak mengetahui adab.

Tak boleh menghina orang tua

Baim Wong sekarang ini sedar akan tindakannya yang salah. Ayah kepada dua orang anak ini sepatutnya lebih mengetahui cara layanan kepada orang tua, iaitu perlu ada rasa hormat dan rendah diri.

Dia itu orang tua, macam mana pun dia tetap orang tua, dan itu namanya menghina, ada dalilnya dan itu terbukti tidak boleh.

Kita mesti merendahkan diri kita, dan saya salah.

Setelah bertemu dengan Pak Suhud, Baim sedar bahawa lelaki tua yang dimarahinya itu sebenarnya seorang yang sangat baik. Pak Suhud juga meminta maaf kepada pelakon popular Indonesia ini.

Apabila salah, saya salah, saya mesti mengaku salah. Bertemu dengannya sangat menyenangkan dan orangnya sangat baik. Semasa memasuki rumah, ada juga keluarganya yang lain, semasa berjumpa dengannya, dia terus datang kepadaku dan meminta maaf.

Kedua-duanya meminta maaf antara satu sama lain dan sedar akan kesalahan yang dilakukan. Masalah mereka berdua sudah pun terlerai seperti tiada masalah yang berlaku.

Netizen diharapkan untuk bertenang kerana kini, Baim Wong pun dah mengaku salah. Siapa kita nak menghukum orang kan?

Kredit: Liputan6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas