Connect with us

Oh! Media

“Tak Best!” – Kakak Iman Troye Dedah Sisi Gelap Walau Hanya Jadi Ahli Keluarga Artis

Kakak Iman Troye

Oh! Artis

“Tak Best!” – Kakak Iman Troye Dedah Sisi Gelap Walau Hanya Jadi Ahli Keluarga Artis

Jadi artis bukannya mudah! Jadi salah seorang dari keluarga artis pun bukannya mudah dan perkara ini dikatakan sendiri kakak kepada penyanyi yang semakin meningkat naik, Iman Troye.

Menerusi satu video di Tiktok, Ain Fatiha meluahkan rasa sedih apabila melihat adiknya itu teruk dikecam. Walaubagaimanapun, dia turut kagum dengan Iman kerana berjiwa besar dan kuat walau sebesar mana dugaan yang datang.

@ainalif_

Malam ni sayu sikit. Adik sayang kakak ni. Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang. Semoga sentiasa kuat yaaa acu @imantroye #fyp #imantroye #adikkakak

♬ kasih tercipta by faizal tahir –

Bila kena kecam teruk dulu, you cakap no worries, adik okay.

Bukan tu jer, Ain juga mengatakan yang adiknya itu sentiasa murah rezeki kerana sentiasa mengutamakan keluarganya dalam apa jua urusan.

IKLAN

Kenapa rezeki you selalu murah sebab you letak family first.

Terdapat juga persoalan dari netizen yang menanyakan adakah seronok menjadi ahli keluarga seorang artis dan ini jawapannya.

Tak, tak best. Orang bebas bercakap tanpa tidur sebantal pun. 90% orang cakap dekat luar sana semua salah.

Betul juga kan? Mental memang kena kuat walau hanya salah seorang ahli keluarga artis. Siapa sanggup tengok orang lain menghina atau mengecam orang yang kita sayang kan?

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas