Connect with us

Oh! Media

“Syirik Percaya Zodiak” – Nak Anak Lahir ‘Libra’, Netizen Kritik Janna Nick

janna nick

Oh! Artis

“Syirik Percaya Zodiak” – Nak Anak Lahir ‘Libra’, Netizen Kritik Janna Nick

Selebriti terkenal Janna Nick yang baru sebulan melangsungkan perkahwinan mengaku jadual kerjanya padat hingga hujung tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bangun Tidur Ada Orang Kemas Katil” – Lepas Seminggu Kahwin, Janna Nick Kongsi Rasa Bahagia

Jadi, apabila bercakap mengenai cahaya mata Janna menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Dia bersyukur sekiranya diberikan rezeki untuk berbadan dua.

Namun, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner ini mahukan anaknya nanti lahir dengan zodiak Libra.

Sebolehnya saya nak anak saya Libra lah. Saya nak anak saya lahir Libra. Untuk tahun ini tak sempat dah kan? InsyaAllah tahun depan.

Berkata kepada Official Hlive, penyanyi lagu Gatal ini masih lagi dalam fasa membiasakan diri dengan kehidupan berkahwin.

Dia mahu fokus kepada kerjana seni sahaja dan seboleh-bolehnya mahu asingkan antara kerja dan hal peribadi.

Namun, pandangan Janna mengenai zodiak anak menerima respon kurang senang daripada netizen. Menurut mereka, sebagai seorang Muslim kita tak seharusnya percaya dengan karakter zodiak, cukuplah sekadar mendoakan anak dilahirkan sihat dan sempurna.

janna nick
anak janna
janna nick

Kredit: Instagram Official Hlive

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas