Connect with us

Oh! Media

“Bangun Tidur Ada Orang Kemas Katil” – Lepas Seminggu Kahwin, Janna Nick Kongsi Rasa Bahagia

janna nick bahagia

Oh! Artis

“Bangun Tidur Ada Orang Kemas Katil” – Lepas Seminggu Kahwin, Janna Nick Kongsi Rasa Bahagia

Selebriti terkenal Janna Nick dan pasangannya Dini Schatzmann meluahkan rasa bahagia selepas hampir dua minggu sah bergelar suami isteri.

ADVERTISEMENT

BACA: Janna Nick Malu-Malu Jurugambar Minta Buat Aksi Romantis Dengan Dini Schatzmann Curi Perhatian Netizen

Memetik laporan Gempak, pelakon ini berkata dia berasa seronok kerana tahu setiap kali balik kerja, akan ada seseorang di rumah bersamanya.

Janna Nick seronok ada orang di rumah

Kehidupannya juga sedikit berubah selepas kahwin kerana suami seorang yang pembersih dan rajin melakukan kerja-kerja rumah.

Tambahnya, sebelum berkahwin dia dah tahu Dini memang pembersih tetapi selepas tinggal bersama ianya jelas terbukti.

Apa yang best bila bangun tidur ada orang kemas katil, tu paling seronok bagi saya. Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan jerit suruh saya mandi dahulu.

Sementara itu, Dini juga mengakui seronok kerana banyak perkara boleh dilakukan bersama-sama. Katanya tak banyak perkara berbeza tentang Janna memandangkan isterinya memang tak pernah sorok diri sebenar sejak bercinta empat tahun lalu.

Kredit: Astro Gempak

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas