
Oh! Artis
Syamsul Yusof Hanya Guna Isyarat Ini Apabila Didesak Pertayaan Media
Oleh
Sebelum ini kami melaporkan yang Syamsul Yusof dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka dan ianya diperintahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
BACA : Syamsul Yusof Tak Mahu Lepaskan Isteri Pertama, Puteri Sarah
Menurut laporan sebuah portal hiburan yang berada di Mahkamah Syariah pagi tadi, Syamsul yang keluar dari situ langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes permohonan penceraian oleh isteri pertamanya itu.
Syamsul tetap mengunci mulut dan terus beredar dari sana walaupun diasak dengan pelbagai pertanyaan oleh pihak media.
@ohbulanofficial Syamsul Yusof enggan memberi apa-apa statement uall. #ohbulan #viral #fyp #sembangentertainment #syamsulyusof #enggan #beri #statement
♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!
Walau bagaiamanapun, Peguam Syarie yang mewakili pengarah mengatakan yang sebutan pertama fail penceraian itu tidak menemui jalan persetujuan selepas Syamsul tidak mahu melepaskan Puteri Sarah.
Tidak ada persetujuan daripada pihak defendan untuk menceraikan plaintif pada hari ini.
Jadi mahkamah memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi permohonan cerai pada 10 April akan datang. Jadi pada prosedur akan ada sesi laporan daripada Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sebelum ini kami ada melaporkan yang punca utama tuntutan cerai dibuat Puteri Sarah kerana sudah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Kredit: Portal Hiburan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
