Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Tak Mahu Lepaskan Isteri Pertama, Puteri Sarah

Syamsul Yusof Puteri Sarah

Oh! Artis

Syamsul Yusof Tak Mahu Lepaskan Isteri Pertama, Puteri Sarah

Rasanya ramai dah tahu yang hari ini merupakan hari untuk pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian.

ADVERTISEMENT

BACA : “Lama Tak Dengar Suara…” – Syamsul Yusof Nampak Tenang, Puteri Sarah Nampak Sedih

Menurut laporan Harian Metro, mereka berdua diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka dan ianya diperintahkan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Puteri Sarah sebelum ini telah memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Punca utama tuntutan cerai dibuat kerana sudah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Tambahan pula, saya bersama anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin. Hal ini berikutan akibat tekanan dan gangguan yang berpunca daripada pihak ketiga sehingga telah lama tidak pulang ke rumah.

Saya percaya oleh kerana tiadanya persefahaman antara kedua-dua pihak maka saya percaya jika diteruskan (perkahwinan) mungkin akan mendatangkan lebih kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri saya, emosi saya serta anak-anak

Pagi tadi, Puteri Sarah ketika ditemuramah mengatakan yang dia lebih tenang selain mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa mentua sebelum prosiding bermula.

Syamsul Yusof yang memakai blazer berwarna hitam tiba di mahkamah pada jam 9.05 pagi bersama peguamnya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Faecebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas